Tindakan Wanita Pukul Anak Sendiri Dalam Video Ini Buat Netizen Panas Hati
Terkejut, tak sangka mak dia nak buat macam tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Merakam setiap detik yang berlaku dalam kehidupan kita memang sesuatu yang menyeronokan
Oleh itu, kebanyakan ibu bapa suka merakam gelagat anak-anak untuk dikenang apabila mereka dewasa nanti.
Berbeza pula dengan video di TikTok baru-baru ini berkenaan seorang wanita cuba merakam anaknya bermain basikal namun tidak sengaja merakam 'drama' lain pula telah mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tengah rakam anak main basikal, sekali tak sangka pula terakam anak orang lain kena pukul
Menerusi video yang dimuat naik oleh @eynoooooooooo, kelihatan dia sedang merakam anaknya bermain basikal elektrik di sebuah pasaraya.
Apa yang mengejutkan ramai adalah apabila si ibu sedang seronok merakam, tiba-tiba situasi dimana seorang wanita memukul anaknya termasuk di dalam rakaman.
Si ibu dan anaknya yang sedang bermain basikal itu jelas terkejut apabila melihat situasi tersebut berlaku namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa.
"Buat perangai lah tu, sampai mak dia hilang sabar, faham-faham la tangan mak ni laju je buat kerja" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 602.6K views, 29.2K likes dan 594 comments di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen mengecam tindakan wanita itu memukul anaknya di tempat awam. Namun, ada juga netizen yang terhibur dengan kejadian itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Macam kelakar pun ada. Tapi itulah adik buat hal lagi, tak pasal-pasal malu dapat sakit pun dapat! :'(