seismik

"Baru Nak Posing" - Member Gelak Besar, Gelagat Lelaki Terjatuh Motor Buat Ramai Terhibur

Macam biasa, gelak dulu baru tolong.

Cover image via @densuzuran (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti dalam kalangan kita ada kawan yang suka menghiburkan situasi dan keadaan bukan?

Ada saja perangai yang mereka lakukan untuk buat rakan-rakan gelak besar. Memang tak jemu dan tak bosan kalau ada kawan yang happening macam itu. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki jatuh motor semasa sakan nak posing telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Hilang stabil masa gerak sampai tak sempat nak selamatkan tuan badan dan motor

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang menunggang motosikal di stesen minyak. Dipercayai bahawa, dia baru selesai mengisi minyak motornya. 

Apa yang menghiburkan adalah apabila dia saja nak memusingkan badan ke arah rakannya yang sedang merakam video. Dia dilihat hilang imbangan lalu motornya jatuh.

Lebih melucukan lagi adalah apabila lelaki itu tidak sempat menyelamatkan motornya sehingga dia juga terjatuh ke atas lantai.

"Yang dianya auto takda mood nak ride, member dia pula sakan gelak" - Netizen

Ikutan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 815K tontonan, 116K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lelaki itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Member confident je tau posing atas motor tu! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: