seismik

"Cari Penyakit" - Lelaki Terjatuh Keluar Bot Masa Naik River Cruise Ini Buat Semua Panik

Siapa suruh tak boleh duduk diam.

Cover image via @zackgendut (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam kalangan kawan kita, sudah pasti masing-masing mempunyai perangai lucu yang tersendiri

Ada yang asyik buat lawak, ada juga yang tidak boleh duduk diam, ada juga yang mempunyai kawan yang blur. Semua momen bersama kawan-kawan memang seronok dan tidak dapat dilupakan. 

Sama seperti video yang tular di TikTok apabila sekumpulan rakan melancong ke Perak namun salah seorang kawannya membuat hal ketika menaiki river cruise telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Saja cari pasal nak tarik ranting kayu macam tourguide

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki sedang menaiki river cruise di Perak dengan dibawa oleh seorang tourguide. 

Tugas tourguide itu adalah untuk menjelaskan sejarah tempat berkenaan. Selepas tourguide itu menuju ke depan bot, kelihatan seorang lelaki ingin meniru aksi tourguide dengan menarik ranting kayu di luar bot. 

Apa yang lebih melucukan adalah apabila lelaki itu terjatuh keluar semasa dia menarik ranting pohon di luar bot. Perkara itu menghiburkan rakan-rakannya. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

@zackgendut

Reply to @icedmiio Haa ni full version member masih selamat dicucuri adabi. #fyp #lawakmalaysia #malaysia #addictedtotiktok #perak

Paro Paro G - djsandyremix
@zackgendut

Reply to @yourniceuncle Sebelum kejadian member seluar coklat menari dulu baru jatuh#fyp #lawakmalaysia #malaysia #addictedtotiktok #perak

original sound - gmdmx - :p

"Tula kau bang, suruh duduk diam tak nak. Nak juga cari pasal" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang meraih sehingga 596K tontonan, 87K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Weh malu weh, dia punya teriakan tu satu kampung boleh dengar! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: