"Takde Orang" - Ibu Rasa Cuak Anak Tiba-Tiba Suapkan Makanan Dekat Kawan Sebelah
Dia siap lukis gambar kawan ya, seram.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kita selalu dengar dalam kalangan budak kecil, ada segelintir memang sensitif dan dapat melihat makhluk ghaib
Hijab kanak-kanak ada yang terbuka dan mereka boleh lihat makhluk ghaib yang tidak boleh dilihat oleh manusia biasa.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak lelaki menyuapkan 'kawan sebelahnya' telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba suapkan makanan ke kawan sebelahnya
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang disuap ibunya makan di ruang tamu sambil duduk di bawah.
Apa yang lebih menakutkan adalah apabila budak itu dilihat mengambil makanan lalu ingin memberikan kepada rakan sebelahnya. Perkara itu telah ditegur oleh ibunya namun dia hanya sengih.
"Mana ada orang kat sini? Abang bagi makan kat siapa?", kata ibunya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Alahai, time ni lah angin nak tiup tiup pintu" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 638K tontonan, 36K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut merasa seram.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!