seismik

"Bagi Hanger Sebatang" - Member Beratur Beri Hadiah Untuk Pengantin Ini Curi Tumpuan

Hanger tu siap ada reben!

Cover image via @lulubangett (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi pasangan yang mengadakan majlis perkahwinan, sudah pasti akan mendapat pelbagai hadiah daripada tetamu bukan?

Rakan-rakan sudah pastinya menyiapkan hadiah atau sedikit wang untuk pengantin. Pelbagai idea barangan yang boleh dihadiahkan untuk pasangan pengantin. Ada yang menghadiahkan barangan rumah dan sebagainya. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila sekumpulan pemuda lelaki menghadiahkan barangan rumah kepada pengantin telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Buat gimik dengan rakan-rakan beratur bawa hadiah menuju ke arah pelamin

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki sedang menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka dilihat beratur menuju ke arah pelamin sambil membawa hadiah. Malah, hadiah yang mereka bawa berbentuk barangan rumah, ada Mi TV, bakul, baldi, penyapu dan macam-macam lagi.

Lebih melucukan lagi ada pula yang menghadiahkan sebatang hanger dengan diikat reben kecil. Bukan setakat seorang yang membawanya, malah ada beberapa orang yang membawa penyangkut yang sama.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@lulubangett

Reply to @sriie521 lanjut sesi fotoo

DJ Spongebob - Exel Sack
@lulubangett

Reply to @annienyong yg terakhir bonus yaaakk, pengantin bawa plakat. setiap yang nikah pasti dapet piala bergilir

Shaun The Sheep - aku'crendel_

"Kat Malaysia bagi mesin air Coway pastu suruh sambung bayar" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 5M tontonan, 466K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat rakan-rakannya yang sporting. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ni mesti member-member sekolah kan, punyalah ramai rombongan dia! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: