seismik

"Bas London Versi Malaysia" - Jom Nikmati View Indah Sekitar KL Dengan Serendah RM30 Saja

Playing tourist!

Cover image via @klhoponhopoff (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kuala Lumpur merupakan ibu kota Malaysia memang dikenali dengan pelbagai mercu tanda yang menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia

Pernahkah anda sekeluarga menerokai mercu tanda yang unik dan bersejarah di Malaysia ini? Mungkin ada yang sudah melihat sendiri bangunan-bangunan yang cantik, namun ada juga yang mungkin tidak pernah menjejakkan kakinya lagi. 

Tidak perlu risau, kini anda boleh meluangkan masa bersama rakan dan keluarga untuk menikmati pemandangan indah sekitar Kuala Lumpur. 

Image via GIPHY

Jom naik bas tingkat untuk terokai lebih 15 tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur

Anda tidak perlu lagi menghadap kesesakan lalu lintas di jalan raya. Boleh sambil duduk, sambil cuci mata. Best kan? Bukan setakat itu, anda juga diberi peluang untuk bergambar di tempat-tempat tertentu. It's time for Instagram! 

KL Hop On Hop Off menawarkan 3 pakej menarik untuk anda!

1. Ronda Ronda KL (Day tour)

Pakej ini merupakan city and garden tour di sekitar Kuala Lumpur pada siang hari. Tour ini mengambil masa selama 2 jam. Anda juga akan diberi masa selama 5-7 minit untuk mengambil gambar atau jalan-jalan di beberapa lokasi.

Lokasi:
Sg Wang Plaza (Pickup & Drop Point)
Swiss Garden
China Town
Central Market
Little India
KL Sentral
National Museum
National Palace
Lake Garden
Bird Park
National Mosque
Merdeka Square
Medan MARA
KLCC
MaTIC
KL Tower
P. Ramlee
Aquaria

Waktu operasi:
Isnin hingga Khamis (9am, 12.30pm & 3pm)

Klik sini untuk beli tiket. 

2. Hop On Hop Off (Day tour)

Image via Klook

Pakej ini sesuai untuk anda yang ingin berjalan dan eksplor ke tempat lain sendiri. Anda tidak terikat dengan masa tour yang ditetapkan. Bila rasa dah puas berjalan dan nak balik naik bas, anda hanya perlu pergi ke bus stop terdekat.

Lokasi:
Sg Wang Plaza (Main Kiosk)
Swiss Garden
China Town
Central Market
Little India
KL Sentral
National Museum
National Palace
Lake Garden
Bird Park
National Mosque
Merdeka Square
Medan MARA
KLCC
MaTIC
KL Tower
P. Ramlee
Aquaria

Waktu operasi: 
Jumaat hingga Ahad (9am hingga 6pm) 
*Bas terakhir adalah pada pukul 4pm di setiap stop. Bas akan berada di perhentian bas setiap selang 30 hingga 40 minit. 

Klik sini untuk beli tiket. 

3. KL City of Lights (Night tour)

Pakej ini merupakan pakej yang diminati ramai. Tour ini membolehkan anda menikmati pemandangan dan view di sekitar KL waktu malam. Bayangkan tengok lampu dengan nikmati angin malam yang sejuk. Confirm seronok! Tour 2 jam ini akan bermula pada pukul 8 malam di Sg Wang Plaza.

Lokasi:
Sg Wang Plaza (Pickup & Drop Point)
Saloma Link
KL Tower
China Town
Central Market
Little India
KL Sentral
National Palace
Merdeka Square
River of Life
Istana Budaya
KLCC

Waktu operasi: 
Jumaat hingga Ahad (8pm)

Klik sini untuk beli tiket. 

Tunggu apa lagi? Jom ajak kawan-kawan dan keluarga untuk meluangkan masa bersama! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: