Bayi Baru Lahir Diuji Positif Dadah, Ibu Mengaku Ambil Bahan Terlarang Semasa Hamil
Ibu bayi terbabit telah ditahan polis.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang bayi perempuan baru berusia 6 hari dikesan positif dua jenis dadah
Perkara itu didapati ketika bayi berkenaan menjalani saringan air kencing di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan, 6 Ogos lalu.
Saringan mendedahkan bahawa bayi yang baru dilahirkan itu diuji positif untuk amphetamine dan benzodiazepines, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pasukan penjagaan kesihatan yang hadir.
Menerusi laporan Harian Metro, bayi itu dipercayai telah terdedah kepada bahan terlarang dalam kandungan sebelum dilahirkan.

Susulan laporan daripada pihak hospital, pihak polis telah menahan ibu kepada bayi terbabit untuk bantu siasatan
Ujian air kencing berikutnya yang dijalankan ke atas ibu berusia 30 tahun tersebut juga menunjukkan keputusan positif benzodiazepines.
Polis berkata wanita yang menganggur berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes itu sedang disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kota Bharu (BSJND).
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas dakwaan penderaan, pengabaian, atau pembuangan kanak-kanak, bersama Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via