Terpaksa ‘Cancel’ Sebab Covid-19, Usah Risau, E-Bazaar Ramadan Dah Mula Aktif Di Laman FB!

Akibat daripada penularan wabak Covid-19 di negara kita, penguatkuasaan PKP telah menghalang orang ramai dari berniaga beramai-ramai secara terbuka di tempat awam.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SelangorKini & Time & Sinar Harian

Umum telah sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengakibatkan perniagaan bazaar Ramadan terpaksa dibatalkan secara fizikal di kebanyakan negeri pada tahun ini

Hal ini terpaksa dilaksanakan demi mengelak orang ramai daripada berniaga dan berkumpul beramai-ramai secara terbuka di tempat awam demi menghalang penularan wabak Covid-19 dalam negara.

Sehingga kini, beberapa negeri antaranya Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sendiri mengambil inisiatif membatalkan operasi baazar Ramadan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Borneo Bulletin

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Vision KL

Meskipun begitu, dengan adanya pelbagai kemudahan teknologi disertai dengan laman-laman sosial, beberapa lokasi dan kawasan perumahan telah mengambil inisiatif untuk mengadakan bazaar Ramadan secara dalam talian atau online

Hasil tinjauan di Facebook mendapati terdapat lebih 10 kawasan khususnya di Lembah Klang dan Selangor yang sudah mengambil langkah proaktif dengan mencipta akaun kumpulan bazaar tersendiri.

Image via Google

Selain Selangor, negeri-negeri lain juga telah mengambil inisiatif yang sama dalam mengadakan jualan bazaar Ramadan secara dalam talian.

Kerajaan Terengganu sendiri mengumumkan bazaar online untuk negeri tersebut yang akan bermula pada minggu kedua April. Terbaru Sarawak juga telah mewujudkan Facebook Group seperti 'E-Bazaar Ramadhan Kuching/Samarahan/Serian/Sematan (2020)' bagi mengendalikan bazaar online di negeri mereka.

Image via null

Dijangkakan lebih banyak bazaar online akan dibuka tidak lama lagi memandangkan ramai yang menyokong dan memberi sambutan kepada jalan alternatif itu.

Perkara ini juga sedikit sebanyak dapat membantu peniaga untuk terus berniaga pada musim Covid-19 ini di samping membekalkan pelbagai juadah enak kepada orang ramai sepanjang Ramadan pada tahun ini.

Konsep E-Bazaar Ramadan ini sebenarnya telah diutarakan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam salah satu Sidang Media Perkembangan Covid-19 yang pernah diadakannya

"Amalan perhimpunan contohnya 6 bulan ataupun setahun, kita akan lihat di mana tak menggalakkan langsung perhimpunan yang ramai.

"Dari segi bazaar Ramadan, mungkin kita perlu adakan idea-idea yang kreatif dan inovasi di mana kita lihat dalam tempoh fasa pertama PKP ini, kita telah lihat peningkatan 70% penghantaran makanan ke rumah," ujar beliau.

"Mungkin kita boleh war-warkan E-Bazaar Ramadan, di mana makanan boleh dihantar ke rumah. Ini akan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan iaitu mengelakkan daripada perhimpunan ramai," tambah beliau.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.

Image via Sinar Harian

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Berita Harian.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | April 6, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah's press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Monday, 6 April 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: