Bazar Aidilfitri Sabella Tawar Baju Raya Serendah RM30 & Diskaun Sehingga 80%
Sabella menyediakan stok pakaian baju kurung sebanyak 300,000 pasang sepanjang tempoh jualan gudang ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama sinonim dengan tagline ‘Baju Tanpa Gosok’, gedung tekstil Sabella Holdings tampil dengan jualan gudang Bazar Aidilfitri Sabella yang diadakan dari 15 Mac sehingga 7 April di ibu pejabat Sabella, Gombak
Jualan gudang tersebut berlangsung di lima buah lokasi iaitu di Sabella HQ, Batu Caves, Mydin Tunjong, Kelantan, Terengganu Equestrian Resort, Terengganu, Dewan Teratai, Shah Alam dan Masjid UKM, Bangi.
Pengasasnya, Siti Fatimah Abd Samad berkata jualan berkenaan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam bagi memudahkan orang ramai datang membeli-belah.
“Bagi membantu golongan memerlukan, kita tawarkan harga serendah antara RM30 hingga RM40 bagi setiap pakaian supaya mereka boleh membeli baju raya.
“Pelanggan yang membeli dua pasang baju kurung akan menerima sepasang baju kurung secara percuma, pelbagai koleksi dihimpunkan dalam jualan ini dengan harga yang sangat rendah,” katanya.
Sedia stok pakaian baju kurung sebanyak 300,000 pasang dan sehingga 80% diskaun
Tambah Siti Fatimah, Sabella turut memperkasa 250,000 orang ‘dropship’ yang majoritinya adalah suri rumah golongan B40 seluruh Malaysia dengan menyasarkan jualan mencapai RM80 juta pada tahun ini.
“Koleksi dan fabrik Sabella sememangnya memiliki peminatnya yang tersendiri lebih-lebih lagi pada penggemar pakaian ‘basic‘ dan tidak sarat,” kongsinya.
Bagi memenuhi permintaan dan keperluan pelanggan sepanjang tempoh jualan gudang, Sabella menyediakan stok pakaian baju kurung sebanyak 300,000 pasang dan kesemuanya dengan diskaun sehingga 80% diskaun.
Jelasnya lagi, stok bagi jualan gudang kebiasannya habis dijual sehingga tarikh akhir promosi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!