seismik

#Belanjawan2019: Penjawat Awam Berhak Dapat Cuti Tanpa Rekod Untuk Tujuan Keagamaan

Perkara ini dibentangkan oleh YB Lim Guan Eng semasa pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat semalam, 2 November.

Cover image via Mashreq Travel

Kerajaan telah meluluskan hak untuk mengambil cuti tanpa rekod buat penjawat awam sama ada Islam mahupun bukan Islam atas alasan keagamaan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng

Perkara ini dibentangkan semasa pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat semalam, 2 November.

Image via Google

Beliau berkata sejumlah tujuh hari cuti tanpa rekod akan diberikan kepada penjawat awam beragama Islam untuk menunaikan ibadah umrah, sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Pada masa yang sama, penjawat awam yang bukan beragama Islam turut diberi kemudahan cuti tanpa rekod yang sama bagi tujuan kegamaan.

Lim Guan Eng juga mencadangkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk kemudahan perubatan bagi ibu bapa pegawai lantikan kontrak (contract of service)

Image via Kosmo

"Kerajaan sentiasa mengambil berat dan mengiktiraf peranan serta sumbangan 30,000 pegawai lantikan kontrak di dalam perkhidmatan awam yang tidak menikmati kemudahan yang sama seperti penjawat awam tetap.

"Justeru itu, Kerajaan memperuntukkan RM10 juta setahun untuk memanjangkan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak," katanya dalam ucapan beliau.

Selain itu, kemudahan Cuti Kuarantin turut dipanjangkan kepada pegawai lantikan kontrak yang anaknya menghidap penyakit berjangkit bermula 12 November 2018.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ringkasan penuh Belanjawan 2019:

Lagi tentang #Belanjawan2019:

You may be interested in: