Berebut Nak Beli Ikan Mabong 10sen, Video Orang Ramai Langgar SOP Ini Cetus Perdebatan
Tiada penjarakan fizikal langsung.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Promosi merupakan perkara yang paling disukai oleh ramai orang, ada yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan barangan mereka
Malah, harga promosi sebenarnya jauh lebih murah berbanding harga biasa. Jadi, tidak hairanlah ada yang sanggup menunggu lama untuk mendapatkannya.
Namun, lain pula yang terjadi dengan video viral orang ramai berebut untuk mendapatkan ikan mabong berharga RM0.10 telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sanggup bertolak-tolak dan langgap SOP nak beli ikan murah
Menerusi video yang dimuat naik oleh Mohammad Amirul Fitri itu, kelihatan orang ramai melanggar penjarakan sosial gara-gara mahu mendapatkan ikan mabong yang dijual pada harga RM0.10 itu.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di pasar raya Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan yang baru saja dibuka baru-baru ini kepada orang ramai.
Situasi itu ternyata mencetuskan perdebatan ramai di media sosial kerana keadaan Covid-19 yang semakin meningkat dan berlaku pula kejadian seperti ini.
"Sebab murah mak-mak berkorban langgar SOP untuk anak-anak dan suami di rumah" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenai kejadian itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.7K likes, 3.4K comments dan 7.2K shares di Facebook.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook: