[VIDEO] Wanita Terpaksa Tahan Sabar & Geram Dengar Perbualan Pemandu Grab Anti Vaksin Ini
Dia seorang pula tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti yang kita semua tahu program pemberian vaksin dan booster ternyata mendapat sambutan ramai
Pengambilan vaksin ini sebenarnya adalah bagus dan dapat mengurangkan risiko yang teruk daripada jangkitan Covid-19. Malah, kanak-kanak kini juga sudah boleh mula mengambilnya dari seawal usia 5 tahun.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi rakaman perbualan antara dia dan pemandu Grab telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pemandu Grab cerita keburukan ambil booster
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di dalam kereta Grab untuk menuju ke sebuah destinasi.
Namun semasa dalam perjalanan, pemandu Grab itu ada bertanyakan tentang vaksin dan booster padanya.
Lama-kelamaan, dia menjadi seperti tidak selesa apabila pemandu Grab itu mula menceritakan tentang keburukan booster dan siap menegur wanita itu. Malah, pemandu Grab itu siap menyalahkan wanita itu kerana tidak menghalang suaminya untuk ambil booster.
Kejadian berkenaan ternyata membuatkan wanita tersebut terpaksa mempertahankan kembali tentang kebaikan vaksin walaupun dalam hatinya merasa marah dan geram.
"Kau punya pasal lah tak nak amik, nak membebel pula" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka selepas melihat video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 271.7K views, 24.1K likes dan 1,449 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: