"Betullah Anti Vaksin Ni B*bal" - Viral Mesej Buat Sijil Vaksin Palsu Ini Undang Kecaman
Sangat tak bertanggungjawab.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti umum tahu, kita semua digalakkan untuk mengambil vaksin bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19
Ia adalah satu usaha yang baik kerana kita bukan saja dapat menyelamatkan diri kita malah, dapat menyelamatkan orang lain juga. Keberkesanan vaksin Covid-19 ini sudah terbukti dapat mengurangkan risiko jangkitan wabak tersebut.
Namun, baru-baru ini tular sebuah posting di Twitter memaparkan mesej mengenai pakej dan harga untuk membuat sijil vaksin palsu yang telah mengundang kecaman ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Kongsi screenshot mengenai servis jualan sijil vaksin
Menerusi posting tersebut, seorang pengguna Twitter @La_FarEast berkongsi mesej tular yang memaparkan servis penjualan sijil vaksin palsu.
Mesej tersebut mengandungi penerangan proses dan bayaran yang akan dikenakan bagi membuat sijil vaksin tersebut untuk seorang.
Difahamkan, proses itu mengambil masa akan siap dalam seminggu hingga dua minggu bagi membolehkan pelanggan mendapatkan sijil lengkap.
"Sanggup ye bayar semata-mata tak nak kena vaksin" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan mengecam tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 877 retweets, 180 quotes tweets dan 823 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!