seismik

Tular Video Raja Bomoh Buat Ritual Konon Tak Nak Bagi Banjir, Netizen Mohon Bawa Bertaubat

Dia mula dah.

Cover image via @akhiameer (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum mengetahui banjir kilat yang berlaku di beberapa negeri baru-baru ini yang mengakibatkan ramai penduduk terpaksa berpindah

Harta benda, rumah, kereta habis rosak dek kerana ditenggelami banjir. Malah, ada yang kini tiada tempat tinggal kerana rumah mereka hanyut dibawa air deras. Perkara ini sememangnya amat menyedihkan.

Namun, tular baru-baru ini sebuah video di Twitter memaparkan raja bomoh melakukan ritual bagi mengelak banjir di dalam negara telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Buat ritual 'halau' banjir, sempat buat Facebook live

Menerusi video tersebut, kelihatan ia dimuat naik semula ke laman sosial dengan memaparkan raja bomoh dan seorang wanita sedang melakukan ritual di sebuah kawasan pantai.

Mereka kemudian dilihat mula membaca ayat-ayat Al-Quran serta beberapa ayat jampi serapah mereka. Malah, dapat didengari wanita itu juga menyanyikan lagu Mayang Sari.

Difahamkan, kini Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membuka kertas siasatan terhadap Ibrahim Mat Zin atau gelarannya Raja Bomoh berhubung ritual menolak musibah banjir itu.

Lihat antara video lain itu di bawah:

@akhiameer Astaghfirullah, halau banjir pulak dah #banjir2021 #daruratbanjir #fyp original sound - MOHD AMIRUL

"Khurafat! Tak cukup bala yang turun, ini ditambah bala seperti ini lagi" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai kecaman dan reaksi mereka sejurus melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 69.8K views, 690 retweets dan 928 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Aduhai, masih ada lagi ya kepercayaan macam ni. Seram tengok :(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: