[VIDEO] Ketuk Tingkap Macam Peras Ugut Nak Minta Derma, Budak Ini Terima Kecaman Netizen
Suka hati je ya ketuk-ketuk macam tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti ada di antara anda di sini yang pernah melihat atau memberi wang kepada peminta sedekah di jalanan bukan?
Malah, kita boleh lihat mereka ini kini sudah mula meminta sedekah di tengah-tengah jalan raya. Bukan itu saja, kali ini mereka menggunakan budak-budak untuk meminta derma yang kebanyakannya bukanlah oranglah Malaysia sendiri.
Tular baru-baru ini sebuah video di Twitter memaparkan aksi 'gangster' seorang budak ketika meminta derma semasa lampu isyarat merah telah mengundang kemarahan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ketuk tingkap minta derma, terus marah lepas nampak kena rakam
Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang budak lelaki sedang meminta derma dari kereta ke kereta ketika lampu isyarat sedang merah.
Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah salah seorang daripadanya dilihat mengetuk tingkap dengan agak kuat pada kereta perakam untuk meminta derma. Lebih menarik perhatian lagi, dia dilihat seperti sedang marah kerana dirinya sedang dirakam dan seperti sedang berkata sesuatu.
Warga netizen percaya mereka ini berasal daripada Rohingya yang menetap di sini. Kejadian itu turut di kongsi oleh seorang warga lelaki di TikTok dengan memaparkan budak yang sama meminta derma padanya dengan mengetuk tingkap.
Lihat video lain itu di bawah:
"Kalau masa ni kena dekat aku, memang makan penamparlah budak ni" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati situasi itu ternyata mengundang kemarahan netizen yang memberikan pelbagai reaksi mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 30.4K views, 523 retweets dan 417 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Bahaya pula bila tengok ada situasi macam ni. Harap ada pihak berkuasa dapat selesaikan masalah ini :)