100,000 Belia Bakal Nikmati Akses Perisian AI Percuma, Peluang Luas Dalam Teknologi
Akses premium percuma ini hanya untuk tiga bulan sahaja.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sehingga 100,000 belia Malaysia akan mendapat akses percuma untuk akses AI percuma
Akses perisian kecerdasan buatan (AI) ini adalah untuk meningkatkan literasi digital serta pembangunan kemahiran.
Menurut laporan dari New Straits Times, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan pendaftaran program di bawah AI Untuk Rakyat akan dibuka mulai 31 Ogos ini untuk rakyat Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun.
Peserta yang berjaya melengkapkan kursus AI di platform Rakyat Digital akan menerima langganan percuma selama tiga bulan bagi alatan AI terpilih.
Kursus yang ditawarkan adalah AI Safety, Cyber SAFE, Agentic AI, Generative AI dan Cloud Untuk Rakyat.
"Program AI Untuk Rakyat diperkenalkan untuk mengukuhkan pemahaman dan penggunaan AI, terutamanya buat orang muda.
"Ia menawarkan akses dan langganan untuk perisian AI untuk disiapkan oleh orang muda mengikut modul pembelajaran di bawah platform Rakyat Digital," kata beliau.

Kursus perlu disempurnakan sebelum akses perisian AI diberi
Anwar mengatakan peserta wajib menghabiskan kursus yang disertai terlebih dahulu sebelum diberikan akses peralatan AI.
Hal ini adalah untuk memastikan mereka memahami cara memanfaatkan teknologi yang telah diberi dengan lebih berkesan dan bertanggungjawab.
"Kita mahu mereka yang mengikuti kursus ini untuk menyiapkannya supaya kita yakin mereka benar-benar mampu menggunakannya," tambah beliau.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada aspirasi lebih besar negara untuk menjadi sebuah 'Negara AI' yang dibantu oleh kerjasama antara kerajaan, industri dan akademik.
Beliau turut menegaskan Malaysia untuk memperkasakan pembangunan bakat AI baik kebaikan infrastruktuk digital serta mendedahkan pelajar kepada teknologi AI dari awal lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via