29 Selebriti Malaysia Masih Berstatus Muflis, Ada Artis Terkenal & Lagenda

Difahamkan, majoriti masyarakat di luar sana kenal mereka ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Gambar janaan AI & TV Pertiwi

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Insolvensi telah mendedahkan 29 selebriti masih berada dalam senarai individu berstatus bankrap

Dilaporkan oleh New Straits Times, menurut Pengarah Insolvensi Bahagian Kebankrapan, Jabatan Insolvensi, Fajrul Shihar Abu Samah, dalam kalangan artis tersebut terdapat beberapa artis terkenal dan bertaraf lagenda yang masih aktif dalam bidang masing-masing.

Walaupun berada di dalam dunia populariti, mereka masih gagal melunaskan pinjaman sehingga ada yang mencecah jutaan ringgit dan mengambil keputusan untuk 'menyerah diri' bagi mendapatkan bantuan.

Difahamkan, keseemua selebriti berkenaan telah memberikan kerjasama yang baik selepas berada di dalam pemantauan pihak mereka.

"Ada mereka (artis dan sele­briti) ini datang terus berjumpa dengan pihak kita kerana tidak tahan diburu institusi kewa­ngan.

"Bila mereka 'menyerah diri', lebih senanglah kita untuk tadbir hutang-hutang mereka. Sebab me­mang peranan pihak Jabatan Insolvensi menjadi pelindung (orang tengah) antara penghutang dan pemberi hutang,"
katanya.

SAYS.com
Image via The Star

Ada 66 selebriti direkod dalam senarai insolvensi sejak tahun 2012

Daripada 66 orang itu, lebih separuh telah berjaya keluar daripada senarai tersebut setelah mendapat bimbingan dan khidmat nasihat Jabatan Insolvensi. Antara punca artis-artis ini dibelenggu hutang ialah masalah salah urus kewangan, pinjaman peribadi dan pembelian aset.

Menurut Fajrul, mereka semua mahu keluar daripada senarai individu muflis kerana dikenali orang ramai.

SAYS.com
Image via Oh Bulan!

"Jika saya sebut seorang-seorang (nama artis dan selebriti itu) hampir majoriti masyarakat di luar sana kenal. Tetapi apa yang penting mereka ini berusaha untuk membayar hutang," katanya.

Semua artis ini mempunyai komitmen untuk membayar lebih bila ada duit lebih atau banyak 'job' sekaligus memudahkan pihak Jabatan Insolvensi untuk mentadbir jelaskan hutang-hutang mereka.

"Komitmen seperti inilah yang memudahkan pihak kami untuk mentadbir hutang-hutang mereka. Bila disenaraikan muflis, bank tidak cari mereka lagi sebaliknya berurusan dengan kami yang mentadbir hutang-hutang mereka," tambahnya lagi.

Sejak 2022 hingga akhir Jun lalu, seramai 26,782 individu telah diisytiharkan bankrap di seluruh negara. Selangor mencatatkan jumlah individu bankrap paling ramai iaitu 6,212 kes, diikuti Wilayah Persekutuan (3,618), Johor Bahru (2,301), Pulau Pinang (1,527) dan Kedah (1,663). Perlis paling sedikit iaitu 193 kes.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: