#Belanjawan2027: Elaun OKU Terlantar & Pesakit Kronik Dinaikkan Daripada RM500 Kepada RM600 Sebulan

Peruntukan keseluruhan bagi bantuan OKU meningkat kepada 1.5 bilion ringgit untuk manfaat lebih 300 ribu OKU.

Cover ImageCover image via Berita RTM

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kadar bantuan penjagaan OKU terlantar dan pesakit kronik turut ditingkatkan

Menerusi pembentangan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dalam Belanjawan 2027 hari ini, peningkatam itu meningkat daripada RM500 kepada RM600 sebulan.

Tambah beliau, ambang pendapatan bagi melayakkan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya ditingkatkan daripada 1,700 kepada 2,000 ringgit.

"Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas ditingkatkan daripada 150 kepada 200 ringgit sebulan, untuk memanfaat 150 ribu murid istimewa termasuk anak autistik.

"Insentif Pengajaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas ditingkatkan daripada 250 ringgit kepada 300 ringgit sebulan, untuk memanfaat 20 ribu guru pendidikan khas," katanya.

Menurut Anwar, peruntukan keseluruhan bagi bantuan OKU meningkat kepada 1.5 bilion ringgit untuk manfaat lebih 300 ribu OKU.

Follow SAYS on Instagram, Facebook, and TikTok for updates!

You may be interested in: