Dipukul Dengan Paip Getah, Seorang Lagi Ditahan Susulan Kes Kematian Pelajar Kuala Pilah

Difahamkan, pelajar lain juga tampil mendakwa mereka pernah dibuli oleh suspek pertama.

Enlarge text
Cover ImageCover image via BERNAMA & BERNAMA

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis kini menahan seorang lagi pelajar lelaki berusia 16 tahun menjadi suspek kedua yang ditahan

Berdasarkan laporan daripada Harian Metro, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad mengatakan suspek merupakan pelajar di sekolah yang sama, ditahan dan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah kelmarin untuk permohonan reman enam hari sehingga 3 Oktober bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, polis menjalankan siasatan menyeluruh dan satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan untuk membantu menyelesaikan kes ini.

Punca sebenar juga akan dicari untuk aspek kemungkinan berlakunya insiden buli atau sebaliknya.

"Keputusan bedah siasat masih belum dapat ditentukan punca kematian mangsa dan polis sedang menunggu keputusan sampel yang dihantar ke Jabatan Kimia.

"Sebanyak 68 keterangan saksi direkodkan, bagaimanapun masih terdapat beberapa keterangan saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan,"
katanya.

SAYS.com

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad.

Image via BERNAMA

Kes masih lagi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, mangsa juga dipukul menggunakan getah paip

Alzafny mengatakan berdasarkan hasil siasatan, kejadian berlaklu selepas solat Maghrib pada Jumaat lepas ketika semua pelajar sepatutnya mengikuti sesi ulang kaji atau "prep" di asrama masing-masing.

Suspek memanggil mangsa ke biliknya di tingkat dua Blok A sebelum memukul menggunakan getah paip pada bahagian tapak kaki beberapa kali.

SAYS.com

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad memberi penerangan berhubung kes kematian pelajar.

Image via BERNAMA

"Mangsa turut dipukul pada beberapa bahagian badan, apabila keadaan mangsa kritikal kemudian warden asrama dihubungi dan mangsa di bawa ke hospital, kemudian doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

"Kita tidak dapat pastikan sama ada mangsa meninggal di asrama atau dalam perjalanan menuju ke hospital,"
katanya.

Pelajar sekolah berkenaan juga tampil memberitahu pihak polis mendakwa mereka pernah dibuli oleh suspek pertama yang telah ditahan.

Terdahulu, seorang pelajar tingkatan empat telah direman berhubung kematian seorang pelajar lelaki tingkatan dua di Kuala Pilah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: