Disangka ‘Marker Pen’ Rupa-Rupanya Vape, Rekaan Mirip Alat Tulis Cetus Kebimbangan

Jadi masalah baru pula vape menyerupai barangan biasa.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rekaan luar rokok elektronik atau vape kini telah menjadi-jadi sehingga ada yang menyerupai alat tulis

Perkara ini telah mencetuskan kebimbangan orang ramai terutamanya pendidik. Vape dengan rekaan marker pen ini telah dijumpai dan dimiliki oleh seorang pelajar.

Difahamkan, rekaan ini adalah stiker yang digunakan untuk membalut rupa vape berkenaan yang didatangi dengan pelbagai jenis rekaan stiker untuk menyembunyikan rupa vape.

SAYS.com
Image via Threads

Dikongsikan oleh @Abcdefghijaz_ di Threads, dia menunjukkan gambar sebuah peranti vape yang mempunyai rekaan luar sama seperti pen penanda Artline 100 yang selalu digunakan oleh para guru di sekolah.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via FPMedia

Stiker vape berkenaan seolah-olah direka khas untuk disembunyikan untuk mengelirukan orang jika tidak diteliti.

Guru yang berkongsi gambar itu hanya dapat merampas vape berkenaan selepas dilaporkan oleh seorang murid lain.

Netizen meluahkan rasa lebih risau dengan vape yang dijual kepada orang bawah umur

Penjualan produk nikotin kepada orang bawah umur adalah dilarang sama sekali dan berada di bawah Akta Racun 1952 dengan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi setahun.

"Mencabarnya jadi ibu bapa zaman sekarang. Semoga anak-anak kita dijauhkan dari benda macam ini. Risaunya."

"Sangat menyusahkan kepada sesiapa yang mereka rekaan sebegini sehingga boleh jadi alat penyamaran budak-budak bawa sana-sini. Merosakkan budak-budak."


"Penjual ni memang nak rosakkan anak bangsa. Mereka tahu apa yang mereka buat. Mereka tahu siapa yang beli. Hanya fikir pasal untung sahaja."

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via sinarbestarimy / Instagram

Seorang ibu juga berkongsi anaknya baru sahaja Darjah 3 tetapi telah menasihati supaya menjauhi vape atau rokok.

"Risaunyaa. Aku ni anak baru Darjah 3. Itu pun aku dah pesan jangan hisap vape. Jangan hisap rokok. Harap dengar lah cakap mak dia ni bila masuk sekolah menengah nanti. Tapi tu la, dah jumpa kawan nanti tidak tahulah" luahan seorang ibu.

Ada yang mencadangkan supaya pelajar yang melaporkan perkara ini diberi ganjaran untuk membantu guru-guru dalam sekolah demi masa depan negara.

" Cikgu-cikgu kena bagi ganjaran dekat pelajar yang buat laporan dan berjaya menangkap pelajar-pelajar yang hisap pod di dalam sekolah."

Terdahulu, pernah terjadi satu kes dimana seorang pelajar menggunakan botol air yang mempunyai ruang tersembunyi untuk memasukkan vape miliknya ke dalam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: