Guna Perkataan ‘Gratis’ Dalam Penulisan Rasmi, Zhiddin Aziz Tidak Setuju Dengan Agensi Kerajaan
Moga semua kementerian lebih cakna dengan isu sebegini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Imigresen Malaysia baru-baru ini menggunakan perkataan 'gratis' menggantikan perkataan percuma dalam satu siaran rasmi
Gratis selama ini telah menjadi bahasa seharian orang Indonesia merujuk kepada sesuatu yang diberikan tanpa bayaran sama. Di Malaysia, kita telah mempunyai perkataan yang sama untuk kegunaan seharian iaitu percuma.
Sejak beberapa tahun ini, segelintir netizen tersedar akan generasi yang semakin banyak menggunakan bahasa Indonesia berbanding Malaysia sendiri.
Ada yang banyak menggunakan 'karena' bukannya 'kerana'. Antara punca utama masalah penggunaan bahasa ini adalah pengaruh media sosial dan pempengaruh dari seberang yang banyak juga ditonton oleh rakyat Malaysia.
Perkara ini membimbangkan orang ramai apabila agensi kerajaan sendiri menggunakan istilah 'gratis' berbanding 'percuma'.
Video ini telah dikongsikan oleh Zhiddin Aziz di platform Instagram.

Ada yang mempertahankan tindakan Jabatan Imigresen
Terdapat beberapa orang mempertahankan tindakan Jabatan Imigresen ini kerana perkatan gratis wujud di dalam Kamus Dewan.

Perkara ini telah menarik perhatian Zhiddin Aziz yang menganggap kesalahan ini memalukan.
"Inilah salah makan yang memuntahkan, salah tarik yang mengembalikan yang ada dalam langgam masyarakat
"Perkataan yang ada dalam kamus dewan, tidak bermakna boleh digunakan dalam penulisan, sebab kamus dewan ini, kerja dia merakamkan perkataan yang wujud dalam masyarakat.
"Gratis ada label IB, maknanya Indonesia Belanda, perkataan ini mungkin wujud dalam masyarakat sebab ada lebih 1.2 juta rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia. Merekalah yang membawa perkataan ini," kata Zhiddin Aziz.

Menambah contoh, perkataan ini sama dengan 'gostan' yang mempunyai label BP yang bermaksud bahasa percakapan.

"Perkataan-perkataaan yang ada label macam ini tak boleh guna dalam penulisan rasmi.
"Jadi tolong saya nak minta perhatian, senang kata semua kementerian lah cakna dengan isu ini," kata Zhiddin lagi.
Isu bahasa tidak boleh dianggap isu yang kecil kerana jika dianggap demikian, ia bakal diendahkan dan tidak dimartabatkan.
"Bila kita anggap ini isu yang kecil, makan bila kecil akan teranja-anja, bila dah besar terbawa-bawa, bila dah sakit minta simpati, bila dah tua tak nak 'mampus' sendiri," tegas Zhiddin.
Video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via