“Imbasan Beg Juruterbang Dikendalikan AVSEC, Bukan Kastam” – Ketua Pengarah AKPS
"Dia telah melepasi dan melalui semua pemeriksaan keselamatan yang ditetapkan," – Mohd Shuhaily.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini kes seorang juruterbang telah melepasi sistem pemeriksaan bagasi membawa dadah telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia
Menurut laporan dari New Straits Times, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) telah mengesahkan pemeriksaan bagasi tersebut tidak dikendalikan oleh mana-mana agensi di bawah naungan mereka.
Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengatakan imbasan bagasi ini dioperasikan oleh Keselamatan Penerbangan (AVSEC) Malaysia Airports.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia merupakan salah satu daripada enam agesi teras di bawah AKPS tidak terlibat dalam proses imbasan atau pemeriksaan bagasi juruterbang berkenaan.
"Saya boleh sahkan pegawai kastam di bawah AKPS tidak terlibat dalam proses pemeriksaan bagasi tersebut di KLIA.
"Pemeriksaan bagasi ini dikendalikan oleh AVSEC. Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang objek mencurigakan dikesan apabila beg juruterbang itu melalui mesin pengimbas sebelum dia dibenarkan menaiki pesawat.
"Dia telah melepasi dan melalui semua pemeriksaan keselamatan yang ditetapkan," kata beliau.

Siasatan masih dibuat mengenai bagaimana dadah berkenaan boleh melepasi imbasan bagasi
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) juga telah menjalankan siasatan terperinci untuk mencari punca bagaimana dadah tersebut boleh melepasi daripada dikesan walaupun dengan menggunakan teknologi imbasan bagasi yang canggih.
Mohd Shuhaily enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana bimbang ia dapat mengganggu proses siasatan yang sedang dijalankan.
Semalam, pihak kastam Indonesia telah mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan juruterbang syarikat penerbangan tempatan berkenaan cuba untuk menyeludup dadah dan proses pemeriksaan terhadap suspek ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

"Dalam saringan dilakukan seperti mana biasa menggunakan mesin pengimbas, beg dibawa tidak memberi apa jua imej yang mencurigakan," kata Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Malaysia Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
AKPS juga memandang serius perkara ini dan menegaskan komitmen mereka untuk memastikan setiap proses kawalan dan pemeriksaan keselamatan untuk memastikan setiap proses kawalan dan pemeriksaan keselamatan dilaksanakan secara teliti, profesional dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via