Insiden Pelajar Maut Ditikam Rakan Sekolah Di Selangor, Kes Masih Dalam Siasatan Pihak Polis

Difahamkan, kejadian itu berlaku sekitar jam 9.30 pagi ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Threads

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam oleh seorang pelajar lelaki pagi tadi

Menurut sumber, kejadian tragik itu berlaku sekitar jam 9.30 pagi apabila suspek, pelajar lelaki Tingkatan satu, dipercayai membawa senjata tajam dipercayai sebilah pisau ke sekolah.

Maklumat awal mendapati, suspek bukan sahaja menikam mangsa, tetapi turut mencederakan seorang lagi pelajar.

Setakat ini, pihak polis masih berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit dilaporkan turut menikam seorang lagi pelajar dalam insiden yang sama.

Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca dan kronologi sebenar insiden berkenaan.

SAYS.com
Image via Threads

Pihak polis sahkan kejadian tikam berlaku di luar kelas dalam kawasan sekolah

Setakat ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat bersama pasukan pegawai penyiasat dilaporkan berada di tempat kejadian bagi menyelia proses siasatan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan insiden tikaman membabitkan dua pelajar di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, berlaku di luar kelas tetapi masih dalam kawasan sekolah.

Bagaimanapun, pihak polis masih belum dapat mengesahkan punca kejadian. Mohd Khalid turut menyifatkan insiden berkenaan sebagai amat menyedihkan dan menuntut tindakan segera daripada pihak berkuasa.

SAYS.com
Image via Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: