Kerajaan Akan Meneliti Kaedah Baharu Gantikan Pengelasan B40, M40, & T20

Difahamkan, penelitian baru akan dibuat, dan pengelasan sedia ada dikekalkan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Gambar janaan AI & BERNAMA

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan kini mempertimbangkan cara penentuan kumpulan sasar lebih inklusif dan adil

Menurut laporan dari Berita Harian, Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) menjadi dasar yang menentukan kelayakan umum untuk menerima bantuan sosial dan kemiskinan.

PGK nasional terkini adalah RM2,705 yang ditetapkan pada tahun 2024 sementara pengelasan untuk ketiga-tiga kumpulan masih tetap dikekalkan.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, mengatakan kerajaan sedang mempertimbangkan penentuan kumpulan sasar lebih inklusif dan adil didorong oleh Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bagi tempoh 2026 hingga 2030.

SAYS.com

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Image via NSTP

Pengelasan berasaskan pendapatan kasar semata-mata tidak menggambarkan beban kewangan sebenar

Menurut beliau, pengelasan yang hanya berasaskan pendapatan kasar semata-mata tidak menggambarkan beban beban kewangan sebenar isi rumah kerana perbezaan seperti lokaliti, demografi, corak perbelanjaan dan kos sara hidup.

"Kerajaan sedang mempertimbang kaedah-kaedah penentuan kumpulan sasar yang lebih inklusif dan saksama yang menjadi sebahagian agenda RMK13.

"Langkah ini bagi melengkapkan pengelasan berasaskan pendapatan kasar semata-mata, yang tidak menggambarkan beban kewangan sebenar isi rumah akibat perbezaan lokaliti, demografi dan corak perbelanjaan isi rumah serta kos sara hidup,"
katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via rnggt

Antara kaedah baru ialah penggunaan Pendapatan Boleh Guna Bersih (NDI).

"Pendekatan NDI melangkaui penilaian pendapatan kasar dengan mengambil kira pendapatan kasar isi rumah yang ditolak potongan berkanun seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), cukai pendapatan dan zakat.

"Selain itu, kaedah ini turut merangkumi kos Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) mengikut lokaliti, demografi dan corak perbelanjaan isi rumah serta harga barangan dan perkhidmatan,"
kata beliau lagi menjawab persoalan Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) yang memohon penjelasan mengenai kelas sosioekonomi baharu penggantikan pengelasan sedia ada.

PAKW berfungsi sebagai panduan literasi kewangan setempat tetapi kajian semula pengelasan pendapatan akan memerlukan penelitian yang lebih lanjut dengan data isi rumah yang lebih lengkap.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: