Khir Toyo Dedah Warga Shah Alam Akan Kekal Dilanda Banjir Jika Tiada Laluan Air Alternatif
Perkara ini akan berterusan jika tiada saluran keluar untuk air hujan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Shah Alam akan terus menghadapi banjir jika tiada laluan alternatif bagi pengaliran air selain sungai sedia ada
Kenyataan ini dikeluarkan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.
Menurut laporan dari Berita Harian, beliau mengatakan risiko kejadian banjir ini dijangka akan meningkat pada masa hadapan berikutan pembangunan pesat di kawasan sekitar kedudukan Shah Alam yang lebih rendah berbanding kawasan berhampiran.

Banjir di Seksyen 13, Shah Alam dua hari lepas.
Image via KosmoKajian terperinci projek tebatan banjir Canal City yang pernah dirancang beliau mendapati projek itu berupaya menampung ratusan ribu liter air dan mengelakkan Shah Alam dari bencana banjir besar selama 100 tahun.
Projek itu melibatkan pembinaan terusan sepanjang 18 kilometer yang menghubungkan Sungai Klang dan Sungai Langat.

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo.
Image via UtusanTerusan dirancang menggunakan dua tasik bekas lombong di Shah Alam dan Kuala Langat
Kedua kawasan itu akan menjadi kawasan imbangan paras air sebelum air yang terkumpul dialirkan ke laut apabila paras air laut surut.
"Di samping itu, di kawasan sekitar terusan berkenaan, kita bina kawasan kediaman berkonsep rumah yang dikelilingi sungai atau terusan kecil.
"Malangnya, projek itu sudah dibatalkan dan lebih malang lagi tanahnya dijual kepada pihak pemaju," katanya.

Banjir di sekitar pusat beli-belah Giant Seksyen 13, Shah Alam.
Image via Harian MetroMenurut Khir Toyo, Shah Alam adalah kawasan lembah yang lebih rendah berbanding kawasan sekitarnya.
"Banjir besar berisiko berlaku apabila hujan lebat serentak air laut pasang besar.
"Paras air laut lebih tinggi berbanding paras air sungai menyebabkan air hujan yang memenuhi sungai tidak dapat mengalir keluar ke laut.
"Keadaan itu menyebabkan air terkumpul dan bertakung di kawasan rendah seperti Shah Alam," katanya.
Pembangunan pesat di Kuala Selangor, Sungai Buloh, Rawang dan Petaling Jaya turut menyebabkan air mengalir ke kawasan rendah di Shah Alam terutamanya Kampung Melayu Subang, Batu Tiga dan Sri Muda.
Menurut beliau, selagi tiada saluran keluar untuk air hujan seperti kolam takungan atau sungai takungan selagi itu Shah Alam akan berisiko berdepan banjir besar.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via