Lebih 55,000 Penjawat Awam Mempunyai Masalah Kesihatan Mental Berisiko Tinggi

Difahamkan, kerajaan cuba mempergiat langkah intervensi awal.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Kosmo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seramai 55,169 penjawat awam telah menjalani saringan Sistem Profil Digital Kesihatan Psikologi Penjawat Awam (MyPsyD)

Semua penjawat awam ini dikategorikan sebagai kakikatangan berisiko tinggi dalam isu kesihatan mental termasuk kecenderungan membunuh diri.

Dilaporkan oleh Berita Harian, kenyataan ini dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunnan), Dr Mohd Bakhari Ismail di mana jumlah tersebut menunjukkan kepentingan untuk memperkukuhkan kesejahteraan psikologi dalam kalangan penjawat awam secara menyeluruh.

"Dapatan Kajian Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia pada 2025 turut menunjukkan kesejahteraan psikologi antara faktor penting yang mempengaruhi kesejahteraan organisasi, sekali gus memberi kesan kepada kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

"Oleh itu, usaha memperkukuh kesejahteraan psikologi secara holistik perlu dilihat sebagai pelaburan strategik bagi memastikan rakyat negara ini khususnya perkhidmatan awam yang menjadi tulang belakang pentadbiran negara, kekal cekap, responsif dan berdaya tahan,"
katanya.

SAYS.com

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Mohd Bakhari Ismail.

Image via Berita Harian

Kerajaan cuba mempergiat langkah intervensi awal untuk isu kesihatan mental dalam kalangan penjawat awam

Menurut Mohd Bakhari, ketua jabatan bertanggungjawab menyediakan sistem sokongan sewajarnya bagi memelihara kebajikan dan kesejahteraan pekerja.

"Kerajaan sebagai majikan misalnya telah menyediakan pelbagai bentuk sokongan psikososial termasuklah dari sudut kewangan dan juga latihan bagi mengukuhkan tahap daya tahan dan kesejahteraan penjawat awam," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan

Daripada keseluruhan nombor itu, lebih 40,000 penjawat awam mempunyai kecenderungan ke arah tingkah laku negatif termasuk cubaan membunuh diri.

Keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan juga telah diperkenalkan sebagai pendekatan kerja lebih fleksibel menerusi Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) yang telah dilaksanakan 1 Ogos lepas.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: