MAG Ambil Langkah Tegas, Wajibkan Ujian Dadah Mandatori Buat Semua Juruterbang

Difahamkan, ujian saringan dadah wajib menyeluruh ke atas semua juruterbang dan akan dibawa ke krew kabin secara berfasa.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia Aviation Group (MAG) kini memperketatkan lagi keselamatan dan kelayakan bertugas dalam melaksanakan ujian saringan dadah mandatori

Ujian saringan dadah ini akan dilaksanakan secara mandatori dan menyeluruh kepada semua juruterbangnya.

Langkah serta-merta ini akan dimulakan dengan fasa pertama yang melibatkan semua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines dan dijangka selesai menjelang 15 Ogos tahun ini.

Juruterbang yang didapati gagal melengkapkan saringan dalam tempoh ditetapkan tidak akan dibenarkan mengendalikan sebarang penerbangan sehingga mendapat kelulusan rasmi.

SAYS.com
Image via Malaysia Aviation Group (MAG)

Tindakan diambil susulan insiden juruterbang yang ditahan

"Operasi keselamatan dan kelayakan krew untuk bertugas adalah perkara yang tiada kompromi di MAG. Kami memandang serius sebarang pelanggaran piawaian keselamatan kami dan bertindak pantas untuk mempertingkatkan ujian saringan dadah mandatori dalam kalangan juruterbang aktif kami. Walaupun kejadian terpencil ini tidak mencerminkan profesionalisme majoriti besar pekerja kami, kami akan terus memperkukuh langkah perlindungan demi mengekalkan keyakinan penumpang dan pihak berkepentingan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MAG, Kapten Nasaruddin A. Bakar.

SAYS.com

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MAG, Kapten Nasaruddin A. Bakar

Image via The Edge Malaysia

Rangka kerja fitness-to-duty juga akan dibina berdasarkan rangka MAG sedia ada. Perkara ini merangkumi saringan pra-pengambilan kerja, pensijilan perubatan Kelas 1 untuk juruterbang, latihan berulang, ujian alkohol dan dadah berkala termasuk pemeriksaan pematuhan pra-penerbangan mandatori yang meliputi lesen, pensijilan perubatan, latihan dan keperluan tempoh keaktifan (recency).

Juruterbang yang ditahan baru-baru ini tidak mengendalikan pesawat ke Jakarta, Indonesia

MAG juga tampil memberi kenyataan mengenai juruterbang yang telah ditahan baru-baru ini sebenarnya dia tidak bertugas dan mengendalikan pesawat.

Difahamkan, dia adalah Pegawai Kedua (Second Officer) di kokpit sebagai pemerhati dan bukan juruterbang yang mengendalikan pesawat. Pesawat berkenaan dikendalikan dengan selamat oleh dua juruterbang berkaliber lain dan individu tersebut juga telah bercuti selama dua hari sebelum kejadian.

Program ini juga akan diperluaskan lagi kepada anak kapal (krew kabin) secara berfasa bagi memantapkan lagi program ujian rawak yang sedia ada.

Kapten Nasaruddin juga menegaskan syarikat tidak akan bersekongkol dengan sebarang bentuk salah laku dan mengamalkan prinsip 'sifar toleransi'. MAG berharap perkara ini dapat memastikan keyakinan penumpang dan pihak berkepentingan terus terpelihara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: