Malaysia Bakal Perkenal Akta Permainan Video, Kawal Gacha, Loot Box & Pembelian Dalam Talian

Piawai baharu bagi kandungan permainan video.

Enlarge text
Cover ImageCover image via MyGameOn & Wikipedia (Loot Box)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kanak-kanak kini dengan mudah boleh menggunakan duit sebenar, berinteraksi dengan orang tidak kenali dan bermain dengan orang dari serata dunia melalui permainan video

Permainan video kini telah menjadi salah satu interaksi dan hobi yang diminati oleh ramai terutamanya di Malaysia.

Malaysia kini dalam cadangan untuk melihat piawai yang lebih jelas terutamanya untuk kanak-kanak dan pengguna muda yang sepatutnya dilindungi.

Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan untuk mengundang rakyat Malaysia untuk bersama-sama membentuk standard (piawai) baharu untuk memastikan pemain, terutamanya kanak-kanak dan pengguna muda mendapat perlindungan yang sewajarnya.

CMCF sebelum ini telah membuka rundingan awam di peringkat nasional selama 45 hari mengenai Sub-Kod Permainan yang menetapkan standard khas bagi sektor permainan video termasuk klasifikasi dan pengesahan umur, kawalan ibu bapa, pembelian dalam permainan, mata wang maya, kota ganjaran (loot boxes), mekanisme gacha, kandungan yang dijana pengguna, pelaporan dan moderasi, buli dan gangguan, serta langkah perlindungan bagi pemain muda yang terlibat dalam Esukan.

SAYS.com
Image via Yuichi Yamazaki/AFP

Sub-Kod ini dicadangkan untuk memberi panduan lebih jelas kepada industri permainan video di Malaysia

Panduan yang lebih jelas akan diberikan kepada pembangun permainan, penerbit, pengedar, platform dan penyedia perkhidmatan berkaitan yang menyediakan permainan kepada pengguna di Malaysia.

Semua perkara ini akan mengambil kira kepelbagaian jenis permainan, perkhidmatan dan model perniagaan yang terdapat dalam sektor ini.

Pengerusi CMCF, Datuk Rafiq Razali berkata rundingan ini akan diadakan ketika hiburan, interaksi sosial dan perbelanjaan dalam permainan semakin sukar untuk dibezakan antara satu sama lain.

SAYS.com

Pengerusi CMCF Datuk Rafiq Razali.

Image via Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia

Beberapa orang industri permainan video di Malaysia turut dilibatkan secara langsung dalam pembinaan draf ini.

SAYS.com

Jeffery Chan, Ketua Penerbitan, Pembangunan Perniagaan & Pemasaran (Malaysia) MOONTON GAMES (MLBB)

Image via Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia

Jeffery Chan, Ketua Penerbitan, Pembangunan Perniagaan & Pemasaran (Malaysia), MOONTON GAMES (MLBB) mengatakan keselamatan pemain leibh terjamin apabila mengambil kira cara sebenar orang ramai bermain, berinteraksi dan terlibat dalam komuniti permainan. Pengalaman pihak industri penting dalam pembangunan standard yang praktikal.

SAYS.com

Andrew Cheong (Sir Cloud), Pendidik dan Penggiat Industri Esukan Malaysia

Image via Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia

Andrew Cheong (Sir Cloud) seorang pendidik dan penggiat industri Esukan Malaysia turut mengatakan pemain muda mungkin lebih memahami permainan berbanding ibu bapa tetapi ini tidak bermakna mereka memahami cara perbelanjaan dalam permainan itu berfungsi.

Loot box, gacha dan pembelian dalam permainan

Salah satu fokus yang akan dimasukkan ke dalam standard baharu ini adalah mata wang virtual permainan video dan pembelian dalam permainan tersebut.

Setiap pembukaan kotak ini akan memberikan anda beberapa barangan virtual seperti karakter, senjata, mata wang virtual dan pelbagai lagi jenis barangan virtual mengikut setiap permainan. Semua ini memerlukan penukaran wang betul ke mata wang virtual.

Berkemungkinan besar, mekanik seperti loot box dan gacha akan menunjukkan ketelusan peratusan mekanik yang lebih jelas.

SAYS.com
Image via Extreme Tech

Mekanisme loot box dan gacha telah lama menjadi antara isu hangat dalam cara orang muda atau kanak-kanak belanjakan wang mereka.

Perkara in juga telah banyak menyebabkan ketagihan dan kes di mana anak mencuri kad milik ibu bapa untuk menambah nilai ke permainan video demi mendapat karakter kegemaran mereka.

SAYS.com
Image via Codashop

Tahun lepas, European Commision telah mengeluarkan satu akta perlindungan pengguna berikutan satu permainan video digelar 'Star Stable Online' yang telah menggunakan eksplotasi untuk memastikan pemain (terutamanya kanak-kanak) sanggung menggunakan wang untuk mendapatkan mata wang virtual.

Perundingan awam di peringkat nasional ini akan dibuka selama 45 hari sehingga 24 Oktober 2026.

SAYS.com
Image via Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: