Malaysia Rekodkan Hampir 40,000 Kes Denggi Untuk Tahun Ini Sahaja – KKM
Ambil masa 15 minit seminggu untuk mencari tempat pembiakan nyamuk aedes.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kes denggi di Malaysia kian meningkat dan kini sudah hampir mencecah angka 40,000 kes
Data ini telah direkodkan oleh sistem pemantauan IDengue milik Kementerian Kesihatan yang merekodkan 39,878 kes sejak 3 Julai ini.
Trend ini menunjukkan kes yang meningkat sehingga lebih 1 ribu kes dilaporkan setiap minggu.
Menurut data tersebut, suku pertama menunjukkan 38,842 kes di antara 4 Januari hingga 27 Jun, sekaligus menunjukkan peningkatan 27% berbanding masa yang sama pada tahun 2025.

Selangor kekal kes denggi tertinggi dalam negara
Selangor merekodkan kes 17,701 kes menjadikan negeri paling teruk menghadapi masalah denggi.
Diikuti Johor, negeri itu telah merekodkan 4,591 kes, manakala Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan 7,191 kes.
Sabah pula telah menunjukkan peningkatan paling tinggi dengan peningkatan 50% berbanding tahun lepas.
Peningkatan jangkitan denggi juga membawa kepada peningkatan kes kematian akibat denggi seramai 23 orang untuk tahun ini.

Apa punca peningkatan kes denggi ini untuk tahun 2026?
Menurut laporan dari Straits Times, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, mengatakan perubahan dominan virus denggi di Malaysia telah berubah kepada DENV-3.
Terdapat empat jenis serotaip (serotype) denggi iaitu DENV-1, DENV-2, DENV-3 dan DENV-4.
DENV-3 tidak terlalu mudah berjangkit atau lebih berbahaya daripada serotaip yang lain, tetapi rakyat Malaysia telah mempunyai imuniti terhadap DENV-1 atau DENV-2.
Tambahan lagi, jangkitan kedua denggi sebenarnya lebih berbahaya kerana orang yang telah dijangkit satu serotaip denggi tidak bermakna dia akan selamat daripada serotaip denggi yang lain.

Jangan makan ibuprofen atau Ponstan jika anda mengesyaki diri anda menghidap denggi. Ubat-ubat ini tergolong dalam kumpulan nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) yang akan meningkatkan risiko pendarahan lebih teruk ketika jangkitan denggi akibat kekurangan platelet dalam badan. Makan paracetamol untuk mengurangkan demam dan kesakitan mengikut dos yang disuruh oleh doktor.
Kementerian Kesihatan juga akan meneruskan projek melepaskan nyamuk berwolbachia terutamanya tempat-tempat yang banyak mempunyai kes denggi.
Perlu diingatkan untuk mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit seminggu untuk mencari dan mencegah tempat pembiakan nyamuk aedes seperti pasu bunga, bekas air, tandas, kolah air, saluran longkang dan tempat-tempat yang mempunyai air walaupun sedikit.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via