Pasangan Dari China Selesaikan Isu Kerja Rumah, Buka Gelanggang Gusti Di Hari Perkahwinan
Gelanggang gusti jadi pengganti pelamin tradisional.
Cover image via South China Morning PostFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sepasang pasangan dari China telah membuka satu gelanggang gusti di perkahwinan mereka di mana pihak yang kalah perlu melakukan semua kerja rumah seumur hidup
Gusti profesional selalunya adalah sebuah persembahan yang telah dirancang dan mempunyai koreografinya tersendiri untuk menarik minat dan sorakan penonton.
Menurut laporan dari South China Morning Post, pengantin lelaki, He Yinsheng adalah seorang penggusti profesional dari Zunyi, Guizhou telah menganjurkan satu sambutan luar biasa bersama isterinya di sebuah hotel di sana.
Pasangan itu telah mengadakan satu 'persembahan' gusti di mana mereka berdua berlawan di atas gelanggang.
Gelanggang gusti jadi pengganti pelamin cantik
Lain daripada yang lain daripada mempunyai pelamin yang cantik, pasangan ini telah memasang sebuah gelanggang gusti untuk mereka berlawan dengan judul "Groom vs Bride" (Pengantin Lelaki lawan Pengantin Perempuan).
Lebih melucukan, satu peraturan santai telah diwujudkan iaitu pihak yang kalah wajib bersetuju untuk melakukan semua kerja rumah seumur hidup.

Pasangan ini memulakan "persembahan" mereka dengan bergusti di atas pentas. Seperti disangka pengantin lelaki telah 'dibelasah' teruk oleh pengantin perempuan yang mendominasi semua perlawanan.
Dari gerakan dramatik body slam, takedown yang kuat sehingga mengunci tangan semuanya dimenangi oleh pengantin perempuan.
Semua orang terkedu dan bersorak melihat pengantin lelaki kalah di tangan isteri sendiri.

Pengadil akhirnya mengisytiharkan kemenangan isterinya dan mengumumkan dia "dikecualikan daripada melakukan kerja rumah seumur hidup".
Walaupun semua ini telah dilatih terlebih dahulu tetapi persembahan ini tetap berjaya memukau hati para tetamu yang hadir.
Terdapat juga persembahan gusti daripada beberapa ahli gusti lain yang telah terlatih secara profesional dan aspek keselamatan sentiasa diutamakan sepanjang persembahan ini berlangsung.

"Mestilah saya yang kena kalah pada akhirnya. Takkan saya nak biarkan dia yang buat kerja rumah," kata He.
He menjelaskan idea ini muncul ketika mereka merancang perkahwinan dan apabila tersedar bajet telah melebihi jangkaan, daripada mengupah penyanyi dan penari, dia memilih untuk menganjurkan perlawanan gusti sebagai ganti.
Isterinya menyokong penuh rancangan itu tetapi kedua-dua ibu bapa mereka "tidak begitu faham, tetapi menghormati pilihan anak-anak".
He juga berharap perkahwinan ini dapat menarik lebih ramai orang untuk menyertai atau mengambil tahu mengenai arena gusti profesional di China yang masih dianggap sebagai pasaran ceruk (niche).
Video penuh dibawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


