Pasukan Matematik Malaysia Cipta Sejarah, 20 Terbaik Di Olimpiad Matematik Antarabangsa Ke-67
Tempat ke-19 daripada 117 negara yang bertanding!
Cover image via Olimpiad Matematik Malaysia / FacebookFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejarah telah tercipta apabila pasukan Malaysia telah berjaya mencatat sejarah di Olimpiad Matematik Antarabangsa Ke-67 (IMO 2026)
Ini adalah kali pertama Malaysia berjaya menembusi kelompok 20 terbaik di IMO dengan berjaya mendapat tempat ke-19.
Olimpiad Matematik Antarabangsa kali ini telah diadakan di Shanghai, China dan dihadiri oleh 117 negara.
Menerusi perkongsian di Facebook Olimpiad Matematik Malaysia, skuad negara kali ini berjaya membawa pulang satu pingat emas, tiga pingat perak, satu pingat gangsa serta satu Anugerah Terpuji (Honorable Mention).
Lebih membanggakan, ini adalah pingat emas ke-7 yang pernah diraih oleh Malaysia sepanjang penyertaan Malaysia ke IMO.

Enam pelajar cemerlang mewakili Malaysia
Enam pelajar cemerlang dan berbakat telah beraksi ke IMO 2026 kali ini iaitu dan ini pencapaian mereka:

Dari kiri Tan Rui Xuen, Chia Ming Han, Cheng You Seng, Ho Janson, Yeoh Yi Shuen & Ivan Chan Guan Yu
Image via Olimpiad Matematik Malaysia / FacebookHo Janson – Pingat Emas
Tan Rui Xuen – Pingat Perak
Yeoh Yi Shuen – Pingat Perak
Chia Ming Han – Pingat Perak
Ivan Chan Guan Yu – Pingat Gangsa
Cheng You Seng – Anugerah Terpuji (Honorable Mention)
Buat Tan Rui Xuen dan Chia Ming Han ini adalah pertama kali mereka menyertai IMO dan kedua-dua mereka berjaya membawa pulang pingat perak.

Ho Janson mempamerkan pingat emas miliknya bersama Jalur Gemilang.
Image via Olimpiad Matematik Malaysia / FacebookPasukan Malaysia telah berjaya mendapat mata kumpulan sebanyak 142 mata memecah rekod tahun lepas dengan hanya 139 sahaja.

Menurut Olimpiad Matematik Malaysia, kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa dedikasi dan sokongan penuh daripada semua orang termasuk pelatih, ibu bapa, guru, sekolah, penaja, rakan kongsi dan semua organisasi yang terus berusaha untuk pembangunan bakat matematik di Malaysia.
Tahniah diucapkan buat skuad Malaysia kerana mengharumkan nama negara!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


