RXZ Members 8.0: 5 Maut, 1,850 Saman & 222 Motosikal Disita Polis
Angka yang membimbangkan jauh berbeza berbanding RXZ Members Ride sebelum ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Polis Terengganu telah mengeluarkan sejumlah 1,850 saman sepanjang tempoh penguatkuasaan program RXZ Member Ride 8.0 yang diadakan baru-baru ini
Menerusi laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin mengatakan tindakan ini dilakukan mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JPST) Terengganu membuat enam tangkapan dimana empat lelaki tempatan, seorang perempuan tempatan dan seorang lelaki warganegara Singapura berusia 22 tahun.
"Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987 di Mahkamah Majistret daerah tangkapan masing-masing.
"Sekiranya disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan denda tidak kurang dari RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000," katanya.
Sebanyak 29 kes kemalangan jalan raya dicatatkan sejak penganjuran pada tahun 2026 berbanding 11 kes yang direkodkan pada tahun 2025.

Lima kes kemalangan maut dengan lima kematian dicatatkan
Lima kes kemalangan maut dan lima kematian telah dicatatkan pada tahun ini berbanding dua pada tahun lalu.
"Empat mangsa adalah lelaki dan seorang mangsa wanita yang semuanya dalam lingkungan umur 20 hingga 48 tahun.
"Dua kes melibatkan motosikal RXZ di Kuala Terengganu dan Kemaman, manakala tiga lagi melibatkan lain-lain jenis motosikal di Kemaman dan Dungun," tambah beliau.
Bagi kes jenayah. terdapat empat kes jenayah direkodkan berbanding enam kes pada RXZ Members 7.0 tahun lalu.

Kes kecurian motosikal pula direkodkan sebanyak satu iaitu kehilangan motosikal jenis Yamaha 125 Z di luar Litar Permotoran Gong Badak.
Bagi kes jenayah komersial, satu kes penipuan direkodkan melibatkan inap desa (homestay) yang tidak wujud dengan kerugian sebanyak RM1,200.
Manakala untuk kes jenayah narkotik, 15 pemeriksaan telah dijalankan dimana ia dibuat di tujuh inap desa manakala selebihnya di sekitar tapak program.
"Hasil daripada pemeriksaan yang dilaksanakan, tindakan tegas diambil dengan lima kes dengan tiga tangkapan melibatkan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via