Pekerja Hotel Dedah Sebenarnya Tahu Bilik Mana Ada ‘Sesuatu’, Pilih Rahsiakan Daripada Tetamu
Hati-hati, jangan cari pasal dengan pekerja hotel yang selama ini baik hati.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pernahkah anda mendaftar masuk ke sebuah hotel, tetapi receptionist menukar bilik anda ke bilik yang lain?
Bagi tetamu perkara ini mungkin menyusahkan, tetapi buat pekerja dalam bidang perhotelan setiap tingkat dan selang bilik pasti mempunyai ceritanya tersendiri.
Ditanya di Threads oleh @_tiara_pearl_, dia bertanya kepada pekerja hotel sama ada hotel memang tahu ada bilik yang ada sesuatu.
"Sebenarnya, pekerja hotel memang tahu ke ada bilik yang ada sesuatu?" katanya.
Banyak staf hotel, dari front desk, housekeeping sehingga pengawal keselamatan mengatakan mereka sebenarnya memang sudah sedia tahu bilik mana yang mempunyai 'entiti' atau berpenghuni.
Tetamu yang menginap masuk hotel juga ada menceritakan pengalaman diberikan bilik yang boleh dikatakan membuat hati tidak sedap.

Gambar janaan AI.
Image via Google GeminiPekerja hotel kongsi pengalaman, ada yang mistik ada yang cuma ikut prosedur penukaran bilik
Beberapa pekerja hotel atau bekas pekerja hotel tampil menceritakan pengalaman mereka dan ramai mengatakan mereka memang tahu bilik mana yang sepatutnya ada tetamu atau tidak.
"Sebagai bekas perkerja hotel. Memang dah tahu, dan akan elakkan bagi tetamu duduk bilik tu. Kecuali kalau dah penuh sangat. Sebab tu lah sampai sekarang kalau bagi duduk hotel sorang-sorang jadi overthinking," kata nzyann_azahaa.

Gambar sekadar hiasan.
Image via MMToonSeorang tetamu menceritakan bahawa dia pernah diberi bilik yang mempunyai hantu, di mana biliknya adalah yang paling atas dan paling hujung.
"Receiption mmg tahu bilik mana yg ada hantu. Aku dh terkene. Diaorang bagi bilik paling puaka. Memang nampak jelas ye walaupun mamai2. Bukan aku je nampak, suami pon nampak (Langsuir tercegat depan almari tengok kitorg)," kata @nrazyann di Threads.
Seorang pengguna menceritakan ciapan yang pernah dibacanya yang ditulis oleh seorang bekas pekerja hotel di mana bilik dikosongkan untuk mana-mana makhluk menumpang tinggal di situ.
"Aku pernah terbaca post dari ex staff hotel yang dah berpuluh tahun pengalaman dan dah bertukar banyak hotel sepanjang pekerjaan dia. Dia cakap memang ada hotel akan kosongkan satu bilik dalam hotel tu atau di setiap tingkat. Katanya bilik tu dikosongkan bertujuan supaya mana-mana makhluk yg nak menumpang boleh stay bilik tu. Dia juga pesan kalau front desk kata bilik dah full, janganlah customer paksa-paksa kata nak bilik juga sebab kalau terpaksa end up customer tu akan dapat bilik yang kosong tu," kata @daniel_dzulqarnain.
"Ya. Bukti paling nyata kalau front desk tanya, semua ok ke semalam?"
"Ye tahu, nak tahu lagi banyak boleh tanya housekeeping yang kerja malam-malam. Tingkat mana yang kerap guest kena kacau pun kami tahu"

Gambar janaan AI
Image via Google GeminiMenjengah lagi di komen, ada yang mendedahkan mereka akan diberikan taklimat ringkat nombor-nombor bilik yang perlu "dielakkan" daripada diberikan kepada tetamu.
Buat tukang kemas bilik pula, ramai mengatakan jika mereka perlu mengemas bilik yang diketahui 'berpenghuni' mereka selalunya akan mengemas bersama rakan sekerja atau membuka surah atau lagu kuat-kuat.
Menurut seorang pekerja hotel, ada sesetengah bilik itu hanya dikosongkan kerana mempunyai banyak masalah seperti fasiliti tidak cukup, barangan rosak dan pelbagai lagi masalah lain.
Oleh itu, kita sebagai tetamu, perlulah mengucapkan salam sebelum melangkah masuk ruang yang lama ditinggalkan kosong, memastikan semua fasiliti di dalam bilik berfungsi dengan baik dan minta tukar dengan sopan jika merasakan ketidakselesaan yang luar biasa atau diganggu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


