Pelik Tapi Benar! Lelaki Bingung Khemah Di Ruang Tamu Dijadikan ‘Bilik Sewa’ Rumah

Untung RM2,000 semata-mata sewakan khemah.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat bakal penyewa, mencari rumah atau bilik sewa yang berpatutan menjadi sangat sukar

Rumah dan bilik sewa kini semakin meningkat harganya ditambah lagi dengan ekonomi yang tidak menentu terdapat beberapa orang mengambil kesempatan atas perkara ini.

Terdapat juga beberapa pemilik rumah yang tidak bertimbang rasa apatah lagi memikirkan keselesaan penyewa.

Baru-baru ini tular di media sosial seorang lelaki dengan nama @fendi_oilandgas menjumpai satu rumah sewa yang menggunakan khemah sebagai bilik sewa yang diletakkan di ruang tamu.

"Scroll-scroll cari sewa rumah, tengok2 ada orang buat macam ni. Satu khemah sewa satu bulan RM400. 6 khemah dalam ruang tamu," katanya di Threads.

SAYS.com
Image via @fendi_oilandgas / Threads

Letak khemah di ruang tamu, sama seperti tapak perkhemahan

Pemilik rumah dikatakan meletakkan harga RM400 sebulan untuk satu khemah dan empat hingga lima khemah telah dihimpitkan di satu ruang tamu.

Dengan khemah itu sahaja, pemilik telah mendapat keuntungan RM2,000 begitu sahaja dan penyewa dijangka perlu berkongsi satu bilik air.

Sudah semestinya netizen marah dengan situasi ini kerana pemilik rumah tersebut menganggap perkara ini sebagai tiada hati perut.

"Weh..ni macam PPS masa musim banjir," ujar seorang lelaki di Threads.

"400 kesian orang nak hidup, kalau 100 ok la juga. Tu kalau khemah sebelah berdengkur pun dengar," kata @irnassyafiq di Threads.

"Punya nak untung, harap orang semua boikot penyewa macam ni. Kalau biar, lama-lama normalize jadi mcm Hong Kong," kata @rakuen_010.-

Seorang lagi pengguna juga berkongsi pengalaman apabila ditipu oleh seorang wanita yang mengatakan bilik tetapi hanya 'dinding' yang ditutup dengan almari.

SAYS.com
Image via @nrnhyda / Threads

Seorang pengguna mengatakan penguatkuasa tempatan sepatutnya lebih peka dengan perkara ini yang boleh merosakkan sistem penyewaan terutamanya di kawasan bandar.

Iklan sewa yang sama pernah tular beberapa bulan lepas

Sebenarnya gambar rumah sewa dengan khemah di ruang tamu ini pernah tular beberapa bulan lalu oleh pengguna di X dengan nama @pojiepooh.

Berkemungkinan besar iklan rumah sewa ini adalah daripada pemilik yang sama ataupun cubaan orang untuk menipu penyewa baharu yang tidak tahu menahu.

Ramai memohon agar kerajaan lebih ketat dalam menghalang perkara-perkara sebegini terutamanya agensi seperti PR1MA dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk mewujudkan lebih banyak alternatif rumah sewa yang lebih murah.

Terdahulu pernah tular satu kes yang hampir sama dimana sebuah bilik air telah ditukarkan menjadi bilik sewa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: