seismik

"Bila Kau Tak Nak, Kau Buang Aku Macam Sampah" - Aaron Aziz Bongkar Perangai Syamsul Yusof

Tua, sakit dan gemuk punca nama Aaron Aziz digugurkan.

Cover image via @aarondwiaziz (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kes pergolakan rumah tangga Syamsul Yusof semakin meleret apabila ada selebriti mendedah perangai sebenarnya

Pergaduhan dan ketidakpuasan hati berlaku antara pengarah filem Syamsul Yusof dan pelakon Aaron Aziz.

Aaron Aziz dikhabarkan telah digugurkan oleh Syamsul Yusof dalam filem The Original Gangster. Baru-baru ini, tular sebuah video pengakuan Aaron Aziz di Instagramnya berkenaan kemelut ini.

Lihat video penuh itu di bawah:

Aaron Aziz digugurkan berpunca sebab tua, gemuk dan sakit

Aaron Aziz akur dengan permintaan Syamsul yang menginginkan badan yang kurus dan fit dengan membuat kaedah suntikan steroid. 

“Since kau tak nak jumpa so macam ni lah caranya aku boleh bela diri aku sendiri. 
Satu yang kita mesti ada walau macam mana pun. Biar takde apa, tapi kita mesti berbudi dan berbahasa.”

“Before aku masuk koreografi, aku dah pergi training dengan Saiful, kau tahu penat aku macam mana? 4 jam sehari training. Setiap hari bakar 1000 kalori, lepastu kau bagi aku gambar kata bro aku nak kau badan macam ni.”

“Aku boleh reply balik, aku boleh tunjuk semua reply dalam whatsapp, aku cakap kat kau, kalau nak badan macam ni kena cucuk, kau cakap apa? Pergi cucuk! Ni aku tunjuk kat kau, kau cakap pergi cucuk.” kata pelakon itu. 

Pun begitu, Syamsul Yusof mendedahkan kepada media bahawa pelakon itu digugurkan atas sebab kesihatan

“Minta maaf, tapi saya perlu cakap benda betul dekat sini. Sayalah orang terakhir yang mahu gugurkan nama Aaron Aziz daripada filem ini. Sayalah orang pertama yang nak dia jadi hero filem saya.”

“Saya dimaklumkan bahawa Aaron tak boleh teruskan lakonan kerana antaranya sudah tua, faktor fizikal seperti gemuk serta ada slipped disc tulang belakang tidak selari,” jelas Syamsul Yusof. 

Harapnya ada penyelesaian bagi kedua-dua pihak ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: