Blackmores Lancar Multivitamin Formulasi Habbatus Sauda & Diperakui Halal JAKIM

Untuk rekod, Blackmores telah memperoleh pensijilan halal JAKIM sejak Disember 2025.

Cover ImageCover image via Blackmores

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Blackmores Malaysia melancarkan multivitamin baharunya yang diformulasikan dengan 20 vitamin dan mineral serta habbatus sauda yang merupakan formulasi pertama dibangunkan berdasarkan pemahaman pengguna Muslim

Pengarah Urusan Asia, Blackmores Group, Andrew Fuary berkata, pelancaran itu turut melakar sejarah kerana buat kali pertama syarikatnya turut menggabungkan pengetahuannya dalam bidang alam semula jadi dan sains yang diilhamkan secara khusus oleh keperluan dan keutamaan rakyat Malaysia.

"Habbatus sauda atau minyak jintan hitam mempunyai kedudukan yang penting dalam tradisi Islam dan diiktiraf sebagai bahan sunnah di mana hubungannya yang telah lama terjalin dengan amalan kesejahteraan Islam menjadikannya bahan botani yang sinonim dan bermakna dalam kalangan masyarakat Islam.

"Pada Disember 2025, Blackmores telah memperoleh pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sekali gus menjadi produk siap keluaran Australia yang pertama mencatat kejayaan ini.

"Ini mencerminkan komitmen berterusan kami untuk menyediakan produk berkualiti tinggi dan beretika kepada masyarakat Islam. Pelancaran produk baharu ini turut menandakan satu lagi pencapaian penting bagi Blackmores di Malaysia," kata pada majlis pelancaran produk tersebut baru-baru ini.

Turut hadir Bidunita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ketua Pegawai Operasi, Watsons Malaysia, Danny Hoh yang merupakan rakan runcit eksklusif Blackmores bagi pelancaran itu.

SAYS.com
Image via Blackmores

"49 peratus pekerja di Malaysia melaporkan berasa letih sekurang-kurangnya sekali seminggu" – Tinjauan Malaysia Workforce Hopes & Fears 2025 oleh PwC

Fuary menambah, multivitamin baharu itu merealisasikan inovasi berteraskan pengguna menerusi formula yang relevan dengan masyarakat tempatan dan diperakui halal oleh JAKIM.

Menurut beliau, ia merupakan satu langkah bermakna dalam membangunkan penyelesaian yang lebih relevan dari segi budaya untuk rakyat Malaysia di samping mengekalkan piawaian global Blackmores.

Katanya, pengenalan produk itu juga menjawab tuntutan gaya hidup moden rakyat Malaysia. Menurut Tinjauan Malaysia Workforce Hopes & Fears 2025 oleh PwC di mana 49 peratus pekerja di Malaysia melaporkan berasa letih sekurang-kurangnya sekali seminggu.

"Jadual yang padat sering menyebabkan waktu makan terlepas, makan secara tergesa-gesa dan kurang masa untuk menyediakan hidangan seimbang.

"Akibatnya, orang dewasa mungkin berdepan cabaran untuk memenuhi keperluan nutrisi harian mereka secara konsisten melalui pemakanan semata-mata,"
katanya.

Sementara itu, Watsons Malaysia akan memainkan peranan penting dalam mendekatkan produk itu kepada pengguna di seluruh negara di mana abungan kepakaran Blackmores dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan dengan rangkaian runcitnya yang meluas akan menjadikan penyelesaian kesihatan berkualiti lebih mudah diakses dan diamalkan oleh rakyat Malaysia dalam rutin kesejahteraan harian mereka.

Multivitamin baharu Blackmores itu ditawarkan pada harga RM55 sebotol yang mengandungi 30 kapsul, dengan dos disyorkan sebanyak satu kapsul sehari.

SAYS.com
Image via Blackmores

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS