Buat Wajah Lumpuh Sebelah, Ini Sebenarnya Penyebab Sindrom Ramsay Hunt Yang Anda Kena Tahu
Semoga bermanfaat!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Baru-baru ini, industri hiburan negara telah digemparkan dengan penyanyi terkenal Justin Bieber yang berkongsi dia menghidapi penyakit sindrom Ramsay Hunt
Sudah tentu, perkara ini telah mengejutkan ramai peminat sehingga dia terpaksa membatalkan beberapa konsertnya untuk menjalani rawatan tersebut.
Namun, apakah sebenarnya penyakit ini? Apakah puncanya yang menyebabkan wajah boleh lumpuh sebelah?
Jom kami kongsikan kepada anda penerangan penyakit ini yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman Twitternya.
Punca?
Sindrom ini hanya berlaku kepada orang yang pernah mengalami cacar air (chicken pox). Ini kerana ia disebabkan oleh jangkitan virus varicella-zoster, iaitu virus yang sama yang menyebabkan cacar air dan kayap (shingles).
Selepas seseorang pulih dari cacar air, sebahagian virusnya akan kekal di saraf. Ia kemudian boleh aktif kembali. Jika ia berlaku di saraf rusuk, maka ia menjadi kayap, manakala di saraf muka pula menjadi sindrom Ramsay Hunt.
Secara teori, pengaktifan virus itu semula berlaku kerana penurunan sistem imun. Sistem imun boleh menurun pada individu yang kurang zat, stress, warga emas, wanita hamil, serta penghidap kanser, serta penyakit kronik.
Gejala?
Sindrom Ramsay Hunt kelihatan yang hampir serupa dengan Bell's palsy, tetapi gejalanya lebih banyak, iaitu:
- Sakit telinga
- Pendengaran terjejas
- Kelumpuhan sebelah muka
- Ruam berlepuh (seperti kayap)
- Vertigo (pening berpusing)
- Kering mata dan mulut
Rawatan
Rawatan untuk sindrom ini adalah sama seperti rawatan untuk cacar air dan kayap:
- Ubat antiviral
- Ubat kortikosteroid
- Analgesik(tahan sakit)
- Terapi(fisioterapi dan carakerja)
Harap kita semua dapat memahami penyakit ini dan menjaga kesihatan diri okay guys ;)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!