'Budak Berapa Eh Nak Bagi?' - 7 Soalan Yang Ada Di Fikiran Bila First Time Bagi Duit Raya
Yang baru mula bekerja memang boleh relate. Hehe.
Masa kecil dulu, sesi pemberian duit raya adalah masa yang paling ditunggu-tunggu bila beraya di rumah orang. Betul tak?
Tak khusyuk jamah kuih, mata memang akan melilau kalau tuan rumah dah pegang sampul raya. Bila dipanggil je, kelam-kabut semua beratur nak kutip duit raya. Ha, tapi itu dulu, sekarang semuanya dah besar. Ada yang dah masuk universiti malah ada yang dah bekerja pun. Bila dah bekerja mesti tergerak hati nak bagi duit raya untuk anak buah dan anak-anak jiran bukan?
Bagi anda yang pertama kali nak bagi duit raya tahun ini, berapa ringgit yang anda akan bagi? Siapa yang akan dapat? Soalan-soalan ini dan beberapa lagi soalan yang lain pasti terlintas di fikiran bukan? Mana tidaknya, pertama kali bagi duit rayalah katakan.
1. Berapa nak bagi untuk dorang eh?
Jumlah pemberian sebenarnya tidak ditetapkan dan terpulang pada anda. Biasanya, RM5-RM10 pun dah cukup. Kalau ada bajet lebih, bagi lebih sikit contohnya RM20. Terpulanglah, janji ikhlas. Kami pun ada tanya kawan-kawan di pejabat, rata-ratanya akan bagi RM5-RM10 mengikut bajet masing-masing. Okay je bukan?
2. Nak bagi siapa eh? Patut tak bagi semua orang?
Biasanya, kita akan bagi pada mereka yang kecil sehinggalah yang bersekolah sebab mereka memerlukan duit untuk beli buku, barang keperluan dan sebagainya. Ada juga yang suka beri had umur, maksimum 12 tahun. Tu semua terpulang. Malah, zaman sekarang ada juga jenis yang bagi duit raya pada mereka yang dah menuntut di universiti.
Katanya, mereka lebih banyak memerlukan duit. Ada juga yang bagi pada ibu bapa, tapi jumlahnya lagi besar. Sekali lagi kami cakap, itu semua terpulang.
3. Bila waktu yang sesuai dan bagaimana cara yang betul untuk bagi duit raya?
Duit raya biasanya akan diberikan sebelum kanak-kanak atau tetamu balik. Tapi pastikan mereka sudah menjamah sikit kuih, paling tidak minum air. Beratur elok-elok, salam dengan tuan rumah, barulah boleh dapat duit raya. Kalau bagi masa tetamu baru datang, nanti terus capai selipar dan balik. Tak sempat nak duduk. Yelah, janji dapat duit raya kan?
Lagi 'awesome' kalau bagi ‘e-Duit raya’ guna aplikasi. Zaman sekarang dah makin maju, banyak aplikasi perbankan juga dah memperkenalkan fungsi hebat ni. Barulah anda layak digelar 'pakcik/makcik yang cool' raya kali ni sebab bagi ‘e-Duit raya’!
4. Cukup je jumlah yang diberikan tadi? Hmmmm...
Sekali lagi kami pesan, nak bagi duit raya biarlah mengikut kemampuan dan ikhlas. Cukup atau tak itu terpulang pada penerima. Mereka yang akan memanfaatkan duit tu nanti. Lagi pun, bukan dia raya satu rumah je. Banyak lagi rumah yang mereka akan singgah!
5. "Cun gila kakak dia, bagi duit raya lebihlah kat adiknya." Wah, perangai macam ini pun ada ya!
Baik mengaku, siapa yang pernah fikir macam ini? Kami cadangkan, baik lupakan jelah! Bagi duit raya bukan sebab ikhlas, sebab kakak dia lawa. Bagi pun bukan RM1-RM2, paling-paling RM10! Yelah, nanti budak tu balik mesti dia cerita dengan kakak dia yang ada orang bagi duit raya banyak kan? Haha apalah!
6. Pening pula, nak bagi ke tidak niiiii? Aduh...
Pada yang terfikir macam ini, ada baiknya korang ikhlaskan hati sempena raya. Bagi je, tak luak pun duit tu, InsyaAllah ada rezeki lain. Kalau terdetik soalan macam ini, mesti budak tu buat perangai masa tengah beraya kan? Silap-silap budak tu pecahkan pasu, tak pun tumpahkan air, lauk, tabur kuih raya dan macam-macam lagi. Sebab tu tanya diri sendiri balik nak bagi ke tak. Betul? Hehehe.
7. Kalau bagi RM5 untuk budak-budak, berapa lama mereka boleh happy?
Bagi sesetengah kanak-kanak, berapa pun jumlah duit raya yang anda bagi, mereka tak berapa kisah. Janji, diorang dapat duit raya. Lepas dapat duit raya, mesti mereka akan tersenyum dan ucapkan terima kasih. Nampak tak mereka bahagia? Lagi happy bila mereka beraya 5-6 buah rumah dalam sehari, setiap rumah hulur duit raya. Kumpul-kumpul nanti dapat banyak juga. Wah!
8. Budak ni dari mana pula? Macam tak pernah nampak je...
Sedang hulur duit raya, tiba-tiba perasan ada sorang budak yang tak dikenali. Apa nak buat? Bagi ke tak? Bagi jelah. Ikhlaskan diri, dapat pahala. Sambil-sambil itu bermesralah sikit dengan dia, tanya duduk mana, anak siapa apa semua.
Raya kali ini, bagi duit raya secara online aje dengan aplikasi Maybank. Kan lebih mudah?
Apa kata tahun ni kita bertukar cara bagi duit raya kepada cara yang lebih canggih dengan aplikasi Maybank melalui kempen Raya Returns? Malah, anda juga akan mendapat pulangan tunai bermula sekarang hingga 15 Julai jika anda manfaatkan ciri hebat dari Maybank ini.
Ada dua cara untuk anda bagi duit raya secara online dengan aplikasi Maybank iaitu:-
- e-Duit Raya
Dengan Maybank e-Wallet (MAE) dalam aplikasi Maybank, anda boleh bagi duit raya kepada sesiapa pun, walaupun penerima bukan pelanggan Maybank. Mereka cuma perlu download aplikasi Maybank dan daftar akaun MAE. - MyRaya QR
Cara ni paling mudah, anda hanya perlu scan kod QR penerima di aplikasi Maybank mereka untuk bagi duit raya. Duit itu akan terus masuk dalam akaun sekelip mata, senang bukan?
Untuk pengetahuan anda, pemberi duit raya juga berpeluang untuk menerima pulangan tunai dari Maybank jika anda melakukan 2 transaksi di atas. Pulangan tunai akan dikreditkan terus ke dalam akaun pemberi. Fuh, syoknya. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk mendermakan wang kepada yang memerlukan melalui Maybank Heart. Inilah masanya untuk kita memberi kepada mereka yang betul-betul memerlukan.
Bagi mereka yang masih belum ada akaun Maybank, tunggu apa lagi? Jom download aplikasi Maybank dan daftar akaun MAE dengan memilih logo MAE.
Buat pelanggan tetap Maybank pula...
Pilih ‘Apply Online’ di butang ‘hamburger’ dan tekan ‘Create My Amazing E-Wallet’ untuk memulakan pendaftaran MAE. Ada banyak e-Duit raya dari Maybank menanti anda. Lagi banyak anda beri duit raya kepada senarai kenalan dan lagi banyak pendaftaran akaun MAE dibuat oleh mereka untuk menerima duit raya, lagi banyak pulangan tunai menanti anda.
Malah, bukan pemberi sahaja bakal menerima pulangan tunai bila anda beri duit raya, setiap pendaftar akaun MAE yang baru juga boleh dapat ganjaran tunai melalui Money MAE-hem bila mereka mendaftar akaun MAE.
Jangan lupa suruh kawan-kawan yang belum ada akaun MAE untuk letak referral code anda bila mereka daftar akaun MAE supaya anda akan dapat ganjaran yang lebih banyak!