Caj RM1 Pengeluaran 'Antara Bank' Di ATM MEPS Bakal Dikenakan Semula Mulai Esok
Sebagai rekod, pengecualian caj pada sistem MEPS telah dilaksanakan sejak 6 April 2020.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum sedia maklum, caj transaksi pengeluaran RM1 menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan dikenakan semula kepada pelanggan berkuatkuasa mulai 1 Februari ini
Beberapa bank termasuk Maybank, Bank Islam Malaysia Bhd, CIMB Bank, RHB Bank, Citibank dan HSBC telah memuat naik notis berkenaan di platform media sosial sejak Disember tahun lepas.
Dalam makluman di media sosial, Maybank telah menyatakan bahawa mulai 1 Februari, caj transaksi pengeluaran tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula.
"Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di ATM Maybank," demikian menurut bank itu.
Menurut CIMB, "Pelanggan yang dihormati, berkuat kuasa pada 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 akan dikenakan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di ATM/mesin layan diri bukan CIMB Bank/CIMB Islamic."
Menerusi makluman Bank Islam pula, "Bagi pemegang kad Bank Islam, tiada caj dikenakan untuk pengeluaran menggunakan ATM Bank Islam."
Sebagai rekod, kerajaan memperkenalkan pengecualian caj pada sistem MEPS pada 6 April 2020
Langkah itu bagi membolehkan orang ramai mengeluarkan wang tunai daripada ATM yang berkongsi sistem MEPS semasa perintah kawalan pergerakan tanpa perlu dikenakan caj RM1.
Caj RM1 yang dikenakan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) kepada pelanggan.
Bank Negara Malaysia (BNM) adalah pemegang saham terbesar dalam PayNet, manakala baki sahamnya dikuasai konsortium 11 bank.
Walau bagaimanapun, pengguna berpeluang mengeluarkan wang tanpa dikenakan caj servis jika menggunakan kad bank yang sama bersama mesin ATM manakala caj RM1 dikenakan apabila menggunakan servis bank yang berbeza berbanding kad bank pengguna.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!