seismik

"Siap Qalqalah" - Cara Gadis Nyanyi Lagu Baby Shark & Sambalado Buat Netizen Gelak Sakan

Pekat betul slang dia tu!

Cover image via @ijalee.r12 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam kalangan rakan-rakan kita, pasti akan ada seorang dua yang perangainya kelakar dan sering membuatkan kita 'kecut perut'

Golongan ini memang dikenali sebagai sifat berani dan tidak pedulikan apa yang orang kata. Janji boleh buat rakan-rakan tergelak sehingga tidak ingat dunia.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang gadis selamba menyanyi lagu Baby Shark dan Sambalado dengan cara tersendiri telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

'Diqalqalahkan' semua perkataan yang ada dalam lirik nyanyiannya

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang syok merakam dirinya menyanyi untuk dimuat naik ke aplikasi TikTok.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila dia dilihat menyanyi dengan penuh bersemangat sambil menekankan sebutan setiap perkataan yang ada di dalam lirik lagu Baby Shark dan Sambalado. 

"Baby shark duduq duduq"
"Sambaladoq"

Situasi itu membuatkan ramai yang tergelak sambil memberikan reaksi masing-masing. Malah, ada yang menyamakan sebutannya dengan loghat Kedah.

Lihat video sambungan itu di bawah:


@ijalee.r12

Balas @apajadeh110 kiqkikiqkiq ketawa apaansih @aisyah_pm17

I'm Addicted To- SUBAG GOO - SUBAG GOO

"Ni kalau kat Malaysia boleh masuk sumbang suara, confirm menang" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 949K tanda suka dan 13K komen di TikTok, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat gadis itu menyanyi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, kelakarlah. Boleh menang award vokalis terbaik ni! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: