seismik

"Muka Tak Bersalah" - Dua Beradik Gaduh, Adik Tersenyum Dapat Buli Kakak Ini Curi Tumpuan

Boleh pulak dia sengih-sengih!

Cover image via @rozaidee83 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Memiliki anak-anak sudah pasti akan membuat suasana rumah menjadi lebih ceria dan riuh

Iyalah, anak kecil memang banyak kerenahnya sehingga membuatkan para ibu bapa 'pening kepala' hendak melayan. Itu belum kalau gaduh sesama adik-beradik lagi, memang kadang geram tapi pada masa yang sama seronok melihatnya. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila dua beradik gaduh di dalam kereta tetapi adiknya pula yang nakal telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Seronok kacau kakak sampai menangis dalam kereta

Menerusi video berkenaan, kelihatan si ayah sedang merakam gelagat anak-anak perempuannya yang sedang berada di belakang kereta.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila si kakak mengadu dan menangis kerana adiknya nakal dan suka mengusiknya.

Si adik pula membuat muka selamba dan muka tersenyum puas hati apabila dimarahi ayahnya. Gelagat comel itu undang perhatian netizen.

"Mesti adiknya brutal ni, kakak tu hati tisu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih 2M tontonan, 199K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua beradik itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nakal ya si adik ni, boleh pula dia sengih lepas tu! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: