Kelakar Betul Cara @halalSG Jawab Soalan Tentang Status Halal. Memang Kuat 'Troll'
Mereka jawab soalan tapi sempat lagi mereka berseloroh. Betul-betul 'next level' punya khidmat pelanggan.
Kami pasti, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) merupakan badan Islam yang paling kuat troll di laman sosial, terutamanya di Twitter. Memang lain dari yang lain!
Image via www.flickr.com
Akaun Twitter Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dengan tweethandle @halalSG merupakan satu platform untuk orang ramai bertanyakan soalan mengenai status Halal bagi mana-mana restoran di Singapura, ataupun soalan berkenaan makanan.
Pelbagai soalan diajukan kepada @halalSG dan respon yang mereka berikan memang layak mendapat thumbs up. Siapa sangka badan Islam ala-ala JAKIM jika di Malaysia ini boleh bertindak sedemikian. Memang tak pernah dibuat orang.
Hati-hati bila nak tweet kepada @halalSG. Mereka sangat peka dengan typo walaupun kalau anda tertinggal satu huruf.
Lagi satu, jangan tanya soalan yang di luar bidang kuasa mereka...
Image via Twitter @halalSG
Oh maaf, @halalSG tak buat food review ya. Harap maklum.
Lain kali, kalau nak tanya mengenai status Halal sesebuah restoran, pastikan anda tahu nama kedai makan tersebut. Kalau tak tahu macam mana nak tolong?
Image via Twitter @halalSG
Menariknya, walaupun kuat troll, mereka masih menjawab soalan. Tapi jawapan yang mereka beri memang sangat win!
Image via Twitter @halalSG
Image via Twitter @halalSG
Kami rasa, admin yang handle akaun @halalSG ni mesti suka tengok 'Spongebob Squarepants'...
Image via Twitter @halalSG
...dan juga penyokong tegar pasukan Liverpool. 'You'll never walk alone!'
Image via Twitter @halalSG
Kesian adik ni. Tak pasal-pasal kena bahan. Nasib baik adik ni cool.
Image via Twitter @halalSG
Ingat tu, sebelum makan jangan lupa baca doa. Bukan ambil gambar.
Alang-alang dah kat Singapura tu, kami cadangkan adik ni singgah di kafe moden hipster di Johor Bahru. Dekat je!
Disebabkan kelucuan mereka, populariti @halalSg semakin lama semakin meningkat, malah turut tersebar ke Malaysia. Dah macam Taufik Batisah!
Image via Twitter @halalSG
Apa Khabor tu dialek Negeri Sembilan kan?
Orang Malaysia pun mula membanjiri Twitter @halalSG dengan tweet dalam dialek-dialek tempatan. Tapi jangan ingat admin mereka tak tahu macam mana nak reply dalam dialek yang sama.
Image via Twitter @halalSG
Loghat utagha pun depa boleh.
Bukan setakat slang Nogori dan Utagha, kecek Kelate pun mereka tahu. Haaa jangan main-main.
Image via Twitter @halalSG
Siapa dia ni sebenarnya?
Walaupun teruja dikenali ramai rakyat Malaysia, @halalSG tetap tak melepaskan peluang untuk troll orang kita
Image via Twitter @halalSG
Biasalah bila dah popular, orang pun mula tertanya-tanya siapalah yang bertanggungjawab menjaga akaun Twitter @halalSG ni. Tapi mereka tetap tak nak beritahu.
Image via Twitter @halalSG
Ada yang teka admin @halalSG ni sebenarnya orang Kedah. Betul ke?
Image via Twitter @halalSG
Hmmm...mungkin.
Tapi paling best, siap ada gadis bagi flying kiss dan ajak kahwin. Wow! Hebat betul penangan jenaka @halalSG.
Image via Twitter @halalSG
Kalau jodoh tak ke mana kan? :P
Ini baru sikit. Ada banyak lagi yang anda boleh layan di akaun Twitter @halalSG. Apa lagi, follow lah. Free je.
Tiba-tiba kami terfikir:
"Kan best kalau JAKIM pun boleh jadi fun macam ni."
Jadi, apa kata JAKIM? ;)
Image via SAYS
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!