seismik

"Cikgu Cakap Saya Tak Akan Berjaya" - Najwa Latif Luah Memori Pahit Di Zaman Sekolah

Lagu 4 chord pun tetap satu Malaysia tahu lagu dia kot.

Cover image via @kroolnizam (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Najwa Latif dedah pernah terkesan apabila gurunya sendiri pernah berkata bahawa dia tidak akan berjaya

Menerusi sebuah video yang dikongsi @kroolnizam di platform X, rakaman video itu memaparkan Najwa Latif mendedahkan memori pahitnya semasa di zaman sekolah apabila kareer awalnya dalam industri muzik kurang disenangi beberapa pihak.

Jelas Najwa, guru sekolahnya sendiri pernah mencemuhnya mengatakan beliau tidak akan berjaya dan perkara itu membawa kesan terhadap emosinya.

“Lagu saya, kakak saya lagu sampah. Pernah keluar ayat itu, lagu sampah. Lagu 4 chord, lagu basic.

“Bila cikgu cakap saya tidak akan berjaya, sudah tentu kita rasa macam kenapa cikgu cakap macam itu? Jadi bila cikgu dah cakap kita tidak akan berjaya, ia membuatkan kami rasa sukar untuk percaya kita akan perjaya,” 
katanya.

Image via @kroolnizam (X)

Pernah ada memikirkan untuk berhenti sekolah dan terus bekerja

Tambahnya, Najwa merasakan sepanjang dua tahun beliau bersekolah ketika di Tingkatan 4 dan 5 merupakan pengalaman hidup yang paling teruk dialaminya.

Perkara itu menyebabkannya ada memikirkan untuk berhenti sekolah dan terus bekerja di restoran makanan segera.

“Saya pernah cakap dekat mak saya, Wawa nak berhenti sekolah mak. Wawa kerja sahaja McD ya mak.

"Tak payahlah kalau tak menyanyi pun tak apalah, jadi penyanyi dan buat kerja sahajalah dekat McD," luah Najwa.

Tambahnya lagi, beliau begitu sedih apabila orang lain tidak percaya dengan kebolehan yang ada padanya.

Najwa menekankan apa yang menambahkan lagi kesedihan apabila dirinya sendiri percaya apa yang orang lain cakap mengenai ‘kegagalan’ tersebut.

Lihat video tersebut di bawah:

Tak sangka Najwa Latif pernah hadap benda pahit macam itu :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: