seismik

Selama Berbulan Hidung Rasa Rimas, Rupa-Rupanya Ada 150 Ulat Sampah Tinggal Dalam Hidung!

Aduh, macam mana boleh jadi ni?

Cover image via First Coast News (YouTube)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki temui 150 ulat sampah memenuhi ruang hidungnya selepas mengakui ada rasa kurang selesa pada rongga itu

Menerusi laporan UNILAD, rakaman video penemuan sejumlah besar ulat sampah di dalam hidung lelaki itu dilihat begitu menjijikkan dan mungkin tidak semua boleh dapat menahan tonton video tersebut sehingga habis.

Lelaki yang berasal dari Florida, Amerika Syarikat terkejut atas penemuan itu selepas dia mengambil keputusan untuk bertemu doktor akibat rasa tidak sihat.

“Selepas lebih beberapa jam muka saya mula membengkak, bibir membengkak, buatkan saya sukar bercakap. Seluruh muka saya terasa seperti terbakar.

“Saya mula mengalami pendarahan hidung yang berterusan. Saya tidak dapat ke bilik air tanpa tidak keluarnya darah daripada hidung saya.

"Apabila saya pergi untuk pemeriksaan, doktor mengatakan dia dapat melihat pergerakan," kata lelaki itu.

Tidak sedar bagaimana ulat boleh ada di dalam hidungnya

Tambah pesakit itu, dia memberitahu bahawa dia tidak tahu bagaimana ulat sampah tersebut boleh ada di dalam rongga hidungnya.

Walau bagaimanapun, dia ada mengatakan kemungkinan perkara itu terjadi disebabkan sikapnya yang tidak begitu rajin mencuci tangan semasa mengendalikan ikan mati ketika memancing.

"Sekarang saya sedar bahawa saya perlu mengubah gaya hidup saya selagi saya masih mengendalikan ikan.

"Sebelum ini saya akan membilas tangan saya di sungai, sekarang saya akan menggunakan pembersih untuk membersihkan tangan dan tidak menyentuh hidung atau tangan”
tambah pesakit itu.

Doktor yang bertugas menerangkan bagaimana ulat sampah boleh ada sebegitu banyak di dalam hidung lelaki berkenaan

Dr David Carlson, pegawai perubatan yang bertanggungjawab untuk prosedur itu menjelaskan bagaimana parasit tersebut mewujudkan 'persekitaran toksik' di dalam hidung pesakit berkenaan.

“Nasib baik dia membenarkan saya untuk melihat hidung yang berdarah itu dengan lebih dekat, jadi kami mengambil kamera lalu melihat ke dalam dan ketika itulah sesuatu yang mengejutkan dapat dilihat.

"Apabila diberi makan, mereka juga mencipta najis. Larva menumpahkan tisu dan najis lalu mewujudkan persekitaran toksik yang menyebabkan keradangan kerana terdapat keabnormalan yang ketara dalam hidung itu.

"Saiznya hadir dalam pelbagai variasi, tetapi yang paling besar adalah sebesar hujung jari kelingking saya," katanya.

Pesakit berkenaan diberikan anti-parasit serta bilasan anti-parasit khas untuk membersihkan hidungnya dan akan dilakukan pemerikasaan semula sebanyak 4 kali setahun tetapi dia dijangka akan pulih sepenuhnya.

Lihat video tersebut di bawah (AMARAN: Video ini sangat menggelikan dan mungkin boleh membuatkan anda muntah):

Pengajarannya di sini banyak-banyakkanlah membasuh tangan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: