seismik

Diskaun Bayar Saman Sehingga 50% Di Program Madani Rakyat 2024 Pada 23 Hingga 25 Februari

Program Madani Rakyat itu akan diadakan di Kompleks Sukan Kuala Selangor.

Cover image via Malaysia Madani (Facebook) & Carlist.my

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman sehingga 50% di Program Madani Rakyat 2024 bermula 23 hingga 25 Februari ini

Anda boleh hadir ke Program Madani Rakyat 2024 Zon Tengah yang akan diadakan di Kompleks Sukan Kuala Selangor bagi mendapatkan diskaun saman.

Orang ramai boleh hadir ke tempat program pada tarikh tertera bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

Jika mempunyai saman yang terpilih, anda boleh mendapatkan diskaun sehingga 50% kecuali saman lalu lintas yang melibatkan:

  • Kemalangan
  • Kes mahkamah yang masih dalam perbicaraan
  • Kesalahan berkaitan kenderaan berat
  • Memotong secara merbahaya
  • Menggunakan lorong kecemasan
  • Tidak mematuhi isyarat lampu merah
  • Memotong garisan berkembar
  • Kesalahan pengubahsuaian ekzos
  • Saman berstatus Op Selamat
  • Kesalahan tidak boleh dikompaun seperti tiada lesen memandu, pandu tidak cermat, guna lesen tamat tempoh dan kenderaan tiada insurans

Apa lagi tunggu? Jom selesaikan saman cepat! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: