seismik

[VIDEO] Lelaki Tunjuk Pasar Seni Di KL Dah 'Upgrade' Tapi Surau Tetap Tiada Penambahbaikan

Sedih tengok.

Cover image via @rusydi.official (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasar Seni merupakan antara tempat tumpuan di Kuala Lumpur yang telah menarik pengunjung tidak kira orang tempatan mahupun pelancong asing

Disebabkan mendapat kunjungan yang begitu ramai, tempat tersebut telah melalui beberapa penambahbaikan bagi menjadikan Pasar Seni lebih selesa untuk dikunjungi.

Namun begitu, terdapat satu perkara yang kurang menyenangkan apabila tidak semua fasiliti yang disediakan melalui penambahbaikan.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan @rusydi.official di TikTok dia berkongsi bagaimana fasiliti seperti tandas di Pasar Seni sudah melalui penambahbaikan.

Keadaan surau dilihat masih sama dan tidak berubah

Walaupun sudah melalui beberapa penambahbaikan, keadaan surau di Pasar Seni dilihat sedikit menyedihkan disebabkan tempat itu dilihat tiada perubahan dan tiada penambahbaikan.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan menunjukkan perbandingan antara tandas yang sudah berwajah baru berbanding surau yang masih lagi kekal tiada perubahan di samping lokasinya yang dilihat sedikit terpencil. 

Lihat video tersebut di bawah:

Harap akan datang ada surau barulah dekat Pasar Seni nanti.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: