seismik

Berjaya Kumpul RM13,000 Hasil 'Round' Satu Kampung, Bapa Terkejut Anak Bawa Seguni Angpau

Amboi lain macam ‘hustle’ demi hasil dik.

Cover image via VOCKET

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang budak perempuan di China mengejutkan bapanya selepas membawa pulang seguni penuh angpau ke rumah

Video rakaman kejadian yang dikatakan berlaku pada hari pertama Tahun Baru Cina itu telah tular di platform media sosial, Douyin.

Video berkenaan memaparkan bapa kepada budak itu mempersoalkan anak perempuannya yang pulang ke rumah sambil membawa guni putih penuh dengan bungkusan merah.

Dengan penuh yakin, gadis itu mengakui telah menghabiskan waktu paginya dengan mengutip angpau daripada orang kampung.

Image via VOCKET

Sejumlah RM13,000 berjaya dikumpul kanak-kanak perempuan tersebut

Setelah diperiksa, usaha gadis itu dilihat membuahkan hasil apabila guni tersebut melimpah dengan bungkusan merah berisi wang.

Menurut bapanya, jumlah terkumpul oleh anak perempuannya kira-kira RMB 20,000 bersamaan dengan sekitar RM13,300.

Image via VOCKET

Lihat video tersebut di bawah:

Transfer sini sikit dekat admin dik :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: