seismik

Setahun Lebih Terlanjur Bersama Lelaki Lain, Wanita Kini Menyesal Curangi Suami Baik

Pening kepala baca.

Cover image via Suara Insan & Utusan Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Wanita luah rasa sesal selepas berlaku curang terhadap bekas suami yang serba lengkap menjaga anak-anak dan dirinya

Menerusi mesej dikongsikan oleh @meinmokhtar yang diterimanya secara anonymous, seorang wanita berkongsi bagaimana dia berlaku curang walaupun hidup serba lengkap ditanggung bekas suami dengan baik.

Wanita itu memberitahu bekas suaminya merupakan seorang lelaki yang serba lengkap dari pelbagai aspek. Dia dikatakan seorang yang matang, penyayang dan mampu memberi nafkah dengan sebaiknya.

Bekas suami sanggup tolak tawaran kerja di Doha disebabkan tak nak berjauhan dengan keluarga

Tambahnya, apabila kewangan bekas suami sudah mula stabil, wanita berkenaan berhenti kerja dan mula fokus kepada anak-anak.

Bekas suaminya juga dikatakan sanggup menolak peluang kerja yang menawarkan gaji yang lebih lumayan tetapi ditolak kerana tidak mahu berjauhan dengan keluarga.

Kemudian, wanita itu memberitahu dia menemui seorang lelaki lain dan mula rasa selesa dengannya setelah kerap dapat berjumpa.

Terlanjur dengan lelaki tersebut dan setahun lebih adakan hubungan tanpa pengetahuan bekas suami

Selepas dia mula berlaku curang, dia mula jauh dari bekas suami dan akhirnya hubungan sulitnya terbongkar selepas bekas suami ternampak dirinya keluar dengan lelaki berkenaan.

Diceraikan selepas 8 tahun perkahwinan, si suami tetap memberi nafkah untuknya dan anak-anak

Menurutnya, selepas mereka bercerai, dia rasa seperti hilang segalanya dan lelaki yang dia berlaku curang bersama hilang tidak mengendahkannya.

Walaupun sudah bercerai, si suami masih kekal memberi nafkah untuknya dan dua orang anak mereka bagi keperluan harian, sekolah dan kesihatan anak-anak.

Cemburu dengan ketenangan yang ada pada bekas suami

Wanita itu memberitahu, si suami masih positif bertukar mesej dengannnya dan mengakui rasa cemburu dengan ketenangan yang ada pada suami.

Berharap perkara yang berlaku menjadi pengajaran buat pasangan yang sudah berkahwin

Wanita itu masih menaruh harapan supaya bekas suami dapat menerimanya kembali walaupun rasa hina atas perbuatan yang dilakukannya.

Dia juga berharap kisahnya itu jadi pengajaran buat pasangan yang sudah berkahwin supaya jaga pergaulan agar tidak menjadi sepertinya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: