Jangan Letak Barang Atas Katil Member & 19 Lagi 'Common Sense' Yang Pelajar Patut Tahu!
Lebih-lebih lagi pelajar yang duduk serumah dengan pelajar yang lain. Hormat sikit please?
Kalau nak survive dalam kehidupan, kuncinya adalah perlu ada common sense. Terutama sekali pelajar universiti atau kolej. Ye lah, bila dah mula duduk berjauhan dengan keluarga, kenalah pandai jaga diri.
Kehidupan anda akan berubah 180 darjah selepas sahaja anda melangkah keluar dari rumah untuk melanjutkan pelajaran ke universiti atau kolej yang dipilih. Anda tidak lagi berada di bawah penjagaan ibu bapa sepenuhnya.
Sebab itulah paling penting sekali anda perlu tahu bagaimana cara untuk menjaga diri sendiri dan mengatasi masalah yang bakal dihadapi sebagai seorang penuntut universiti.
Ianya mungkin tidak semudah dan sesukar yang disangka, namun sebagai seorang pelajar anda perlu percaya dan yakin kepada diri sendiri bahawa anda mampu untuk melakukannya.
Sebelum itu, bagi individu yang sudah pun bergelar pelajar atau bakal melangkah kaki ke universiti/kolej, ini antara 20 common sense yang perlu ada dan diterapkan dalam diri anda:
Setiap kali masuk bilik, bagilah salam dulu. Jangan pula 10 kali masuk bilik tak bagi salam. Tak eloklah!
Oh ya, selipar pun susun elok-elok ye. Jangan bersepah sana sini.
Cuba untuk hormat waktu tidur orang lain. Kalau nak belajar, boleh tak ada masalah. Tapi jangan sampai mengganggu tidur rakan sebilik pula.
Kebersihan dan kekemasan bilik juga perlu diambil kisah. Janganlah bersepah semua barang. Bukannya ada orang gaji nak tolong kemaskan.
Kena tahu dan fahami apa itu konsep 'give and take'. Selain itu, tegur-menegur tidak salah, tapi jangan sampai memerli. Tak baik!
Sumber: Twitter @nuraaslar