Cubaan Warga Asing Culik Budak Di NSK Klang Sentral Gagal, Orang Awam Bantu Tangkap Suspek
Difahamkan, kedua-dua suspek kini berada dalam tahanan reman pihak polis.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Polis telah menahan dua orang warga asing atas kes cubaan melarikan kanak-kanak perempuan baru-baru ini
Difahamkan kejadian tersebut berlaku pada Isnin jam 7.30 petang apabila seorang wanita ketika itu sedang menaiki eskalator di NSK Klang Sentral bersama adiknya yang memimpin tangan anak perempuannya.
Namun, tiba-tiba mereka telah didatangi dua orang lelaki warga asing yang tidak dikenali dari arah belakang dan terus mengangkat anak perempuannya.
Situasi itu membuatkan wanita berkenaan menjerit meminta tolong. Suspek kemudian cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh orang awam di situ.
Orang awam serahkan suspek pada polis
Polis kemudian mendapat laporan dan terus bergegas ke tempat kejadian. Kedua-dua suspek kini telah mendapat perintah tahanan reman selama tiga hari dari Mahkamah Klang bagi membantu siasatan.
Kes disiasat dibawah seksyen 363 kanun keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tujuh tahun dan dikenakan denda.
Lihat kenyataan rasmi di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!